VISI SR. BENDAHARA SAKAM BUNUT

Thursday, March 19, 2009

Aktiviti Hari Ini - 19.3.09

Acara Walkhaton Guru serta murid-murid berkumpul di kawasan blok B untuk membuat sesi "warming up" sebelum walkhaton dimulakan yang diketuai oleh Cikgu Abd Rahim, guru PJ....

Wednesday, March 18, 2009

Aktiviti Hari Ini - Rabu 18 Mac 2009

Pembukaan bagi bulan mata pelajaran Bahasa Melayu Pembukaan bagi bulan mata pelajaran Bahasa Melayu disempurnakan oleh Cikgu Pg Kamal bin Pg Hj Zulaihi, Guru Besar SR.Bendahara Sakam Bunut pada perbarisan pagi tadi... Murid-murid tahun 3B menyanyikan lagu yang bertajuk "Ayuh Baca Buku"... Aktiviti seterusnya bagi pembukaan tersebut ialah kuiz untuk semua murid dan murid yang dapat menjawab soalan diberikan hadiah berupa pensil...

Saturday, March 7, 2009

Aktiviti Hari Ini - Sabtu 7 Mac 2009

Penutup Bulan Mata Pelajaran Lukisan Cikgu Pg Kamal bin Pg Hj Zulaihi, Guru Besar SR.Bendahara Sakam Bunut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang sempena bulan mata pelajaran Lukisan sewaktu perbarisan pagi tadi... Lawatan ke Pesta Buku di Stadium Tertutup Murid-murid Tahun 4 & 5 beserta dengan guru kelas & guru subjek masing-masing melawat ke Pesta Buku pada pukul 8.30 pagi tadi dengan menaiki 5 buah mini bas...

Tuesday, March 3, 2009

Perlawanan Bola Sepak Sekolah Rendah Brunei III

Venue Perlawanan: Padang Kokurikulum, Gadong. Murid-murid sedang membuat latihan... Pasukan Bola Sepak SR.Bendahara Sakam Bunut beserta guru pengawas dan jurulatih bahagian bolasepak... Guru Pengawas sempat bergambar ramai bersama pasukan sekolah sebelum perlawanan dimulakan... Murid sedang membuat sesi "warming up" sebelum perlawanan dimulakan iaitu dengan SR.HMJM Kiulap dimana pasukan sekolah memperolehi 6 jaringan berbalas 4 dalam tendangan penalty. Dalam perlawanan ke-2, pasukan sekolah bertemu dengan SR.Rimba II dimana pasukan sekolah telah tewas dengan mendapat 1 jaringan berbalas 5.