VISI SR. BENDAHARA SAKAM BUNUT

Tuesday, July 14, 2009

Pemeriksaan Suhu Badan Murid

Pemeriksaan ini dijalankan awal pagi mulai 6 Julai 2009 sehingga kini di pondok berhampiran blok B SR.Bendahara Sakam Bunut. Guru-guru yang bertugas adalah mengikut jadual yang disediakan. Murid-murid yang telah diperiksa suhu badan mereka akan diberi name tag sekolah sebagai tanda mereka sudah menjalani pemeriksaan suhu badan. Murid-murid yang menghidapi selesma atau batuk disuruh pulang sebagai langkah berjaga-jaga. Tiada perbarisan pagi dijalankan. Seorang murid membaca doa sekolah menggunakan alat pembesar suara di bilik guru yang boleh di dengar disetiap kelas dan disetiap bilik khas. Kemudian Ustazah Hjh Sariah mengetuai membaca doa wabak penyakit influenza A H1N1 selepas doa sekolah dan setiap hari khamis akan disambung dengan membaca yassin. Ada sebilangan murid memakai "mask" sebagai langkah berjaga-jaga.