VISI SR. BENDAHARA SAKAM BUNUT

Monday, June 21, 2010

LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT MENTERI PENDIDIKAN KE SR. BENDAHARA SAKAM BUNUT, BRUNEI III

Pada Hari Khamis 13 Jamadilakhir 1431H bersamaan dengan 27 Mei 2010 yang lalu, SR Bendahara Sakam Bunut sangat berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman Bin Dato Setia Haji Mohammed Taib, Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam bagi lawatan kerja ke sekolah ini.

Ketibaan YB Menteri Pendidikan dialu-alukan oleh Guru Besar dan Penolong Guru Besar SR. Bendahara Sakam Bunut beserta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pendidikan.



Agenda lawatan kerja YB Menteri Pendidikan bersama rombongan Timbalan Menteri Pendikan serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pendidikan bertujuan untuk meninjau pengajaran dan pembelajaran serta meninjau kemudahan di sekolah, khususnya di blok bangunan baru yang telah mula digunakan pada penghujung tahun lepas.

Sebaik sahaja ketibaan YB Menteri Pendidikan pada kira-kira jam 8.30 pagi, YB Pehin beserta rombongan telah dibawa oleh Guru Besar SR. Bendahara Sakam Bunut untuk meninjau pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung disekolah pada ketika itu khususnya di Biilik Sains, Bilik Lukisan dan Pra Sekolah.

Tinjauan Ke Bilik Sains.

YB Pehin bersama rombongan meninjau ke Bilik Sains.

Cikgu Maretessa memberikan sedikit penerangan mengenai aktiviti pembelajaran yang sedang berlangsung.


YB Pehin melihat dengan lebih dekat aktiviti sains yang sedang dijalankan oleh murid-murid Tahun 5.

Tinjauan Ke Bilik Lukisan


YB Pehin dan rombongan meninjau dengan lebih dekat aktiviti-aktiviti yang telah dipamerkan serta pembelajaran yang sedang berlangsung di dalam Bilik Lukisan pada ketika itu.

Timbalan Menteri Pendidikan diberikan penerangan ringkas oleh Penolong Guru Besar mengenai pengendalian subjek lukisan disekolah ini.

Tinjauan Ke Pra Sekolah

YB Pehin bersama rombongan menyaksikan aktiviti yang sedang dijalankan di salah sebuah bilik Pra Sekolah.


Murid-murid begitu asyik menjalankan aktiviti bersama guru mereka, Cikgu Norhairina.

Seterusnya YB Pehin dan rombongan telah dibawa untuk meninjau Bilik Perpustakaan baru dan Bilik Pentadbiran baru.



YB pehin berinteraksi dengan salah seorang murid yang sedang membaca di dalam Bilik Perpustakaan.



Selesai mengadakan tinjauan tersebut, YB Pehin telah diberi taklimat mengenai profil sekolah serta aktiviti akademik, kokurikulum, program-program sokongan, cabaran sekolah dan harapan sekolah yang mana telah disampaikan oleh Guru Besar sekolah ini.


Taklimat disampaikan oleh Guru Besar SR. Bendahara Sakam Bunut, Cikgu Pg Kamal Bin Pg Zulaihi.




Sesi lawatan kerja pada pagi itu diakhiri dengan sesi bergambar ramai.