VISI SR. BENDAHARA SAKAM BUNUT

Wednesday, January 27, 2010

LAWATAN KERJA UNIT PERKEMBANGAN STAF SRBSB KE PERPUSTAKAAN SR. PINTU MALIM.



Sebagai aktiviti pertama bagi tahun 2010, Unit Perkembangan Staf SR Bendahara Sakam Bunut telah membuat lawatan kerja ke Perpustakaan Sekolah Rendah Pintu Malim, Brunei I pada Hari Rabu, 27 Januari 2010. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau serta berkongsi pengalaman dan pengetahuan khususnya dalam cara pengendalian sebuah perpustakaan yang effektif dan kondusif.

Kedatangan Guru-guru SRBSB pada jam 2.15 petang itu disambut mesra oleh Guru Besar SR Pintu Malim, Yang Mulia Cikgu Hjh Raimah Binti Mawang serta guru-guru dan Pembantu Perpustakaan.


Guru-guru kemudiannya diberikan taklimat ringkas oleh Penolong Guru Besar SR Pintu Malim, Yang Mulia Cikgu Rosinah Binti Haji Ibrahim mengenai sejarah penubuhan dan perkembangan Perpustakaan SR Pintu Malim.

Cikgu Haji Zul serta sebahagian dari Guru-Guru SR Pintu Malim yang bersama-sama mendengarkan taklimat yang disampaikan.
Sebahagian dari Guru-guru dari SR Bendahara Sakam Bunut yang sedang mendengarkan sejarah penubuhan Perpustakaan berkenaan.

Kemudian, guru-guru SR Bendahara Sakam Bunut juga telah dipelawa untuk meninjau sekitar Perpustakaan berkenaan dengan lebih dekat lagi.

Cikgu Noor Siti Azimah selaku Ketua Pengawas Perpustakaan SR Bendahara Sakam Bunut bersama Penolong Guru Besar Cikgu Haji Muhd. Nikman sedang berbincang dan berkongsi pengetahuan bersama salah seorang guru dari SR Pintu Malim.


Sebahagian dari guru-guru SR Bendahara Sakam Bunut mengambil kesempatan untuk mengabdikan kenangan di dalam Perpustakaan sekolah berkenaan.

Guru-guru juga telah dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

Rombongan guru-guru dari SRBSB juga telah sangat berbesar hati kerana telah dipelawa untuk meninjau Sudut ASEAN SR. Pintu Malim yang terletak di blok berasingan sekolah tersebut.


Guru Besar dan Penolong Guru Besar SR Bendahara Sakam Bunut bersama Guru Besar SR Pintu Malim sedang berkongsi pengetahuan dan pengalaman mengendalikan Sudut ASEAN di sekolah masing-masing.

Guru Besar SR Bendahara Sakam Bunut Cikgu Pg Kamal Bin Pg Hj Zulaihi membuat tinjauan ke salah sebuah sudut di bilik pameran tersebut.



Cikgu Hj Noor Hamizan, Cikgu Rina dan Cikgu Hjh Marliana mengambil manfaat dari maklumat yang dipamerkan.

Pihak Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada SR. Pintu Malim Brunei I yang mana telah berjaya mendapat tempat Kedua dalam Pertandingan Sudut ASEAN bagi Tahun 2009 Kawasan Brunei 1.

Lawatan Unit Perkembangan Staf SR Bendahara Bunut yang menggembirakan itu berakhir pada jam 4.00 petang. Pihak sekolah juga ingin merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Guru Besar dan Guru-guru SR. Pintu Malim yang mana telah berkongsikan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam mengendalikan Perpustakaan sekolah serta layanan mesra yang telah diberikan disepanjang lawatan tersebut. Semoga hubungan mesra dan persahabatan antara kedua buah sekolah akan menjadi lebih akrab berikutan lawatan kerja ini nanti.

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010 dan Selamat Balik Ke Sekolah..

Purple Year
Warga Sekolah SR. Bendahara Sakam Bunut ingin merakamkan ucapan Selamat Tahun Baru dan Selamat Kembali Ke Sekolah khususnya kepada semua murid-murid sekolah ini. Semoga tahun baru ini akan membawa cahaya kejayaan dan melahirkan semangat keazaman yang tinggi untuk berusaha dengan lebih gigih demi untuk masa hadapan yang cemerlang.
DOA AWAL TAHUN.

Jumpa di sekolah!! :-)