VISI SR. BENDAHARA SAKAM BUNUT

Thursday, September 23, 2010

Friday, September 10, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI




Thursday, September 2, 2010

MAJLIS KHATAM AL-QURAN BAGI GURU-GURU DAN KAKITANGAN SRBSB

Sempena bulan Ramadhan pada tahun ini, Majlis Khatam Al-Quran bagi Guru-guru serta kakitangan SR. Bendahara Sakam Bunut telah diadakan pada 22 Ramadhan 1431H bersamaan dengan 2 September 2010 yang baru lalu. Majlis bermula pada jam 9 pagi bertempat di Bilik Perpustakaan SR Bendahara Sakam Bunut.

Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang mana diteruskan dengan bacaan Khatam Al-Quran beramai-ramai oleh guru-guru serta kakitangan sekolah. Majlis diteruskan dengan bacaan Tahtim oleh murid-murid perempuan Tahun 4,5 dan 6 sekolah ini. Doa Khatam Al-Quran telah dibacakan oleh Yang Mulia Cikgu Pg Hj Sulaiman Bin Pg Hj Ahmad. Majlis diikuti dengan bacaan Dikir Marhaban beramai-ramai yang dikepalai oleh murid-murid lelaki dari Tahun 4, 5 dan 6 yang mana diselajurkan dengan taburan minyak harum kepada peserta khatam.
Di akhir Majlis, guru-guru, kakitangan serta murid-murid telah diagih-agihkan dengan bunga telur.





Guru-guru serta kakitangan SR Bendahara Sakam Bunut membaca surah Ad-Dhuha hingga Surah An-Nas.

Bacaan Tahtim.

Bacaan Doa Khatam Al-Quran.

Bacaan Dikir Marhaban.




Menabur minyak harum.


Pengagihan bunga telur.

DI SEKITAR MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Wednesday, September 1, 2010

MAJLIS MEMBACA YASIIN, BERTAHLIL DAN MEMBACA DOA TAHLIL SERTA PENYAMPAIAN DERMA UNTUK ANAK-ANAK YATIM SRBSB.

Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut telah mengadakan Majlis Membaca Yasiin, Bertahlil dan Membaca Doa Tahlil serta Penyampaian Derma untuk Anak-Anak Yatim di sekolah ini pada 21 Ramadhan 1431H bersamaan dengan 31 Ogos 2010 yang baru lalu. 
Majlis yang berkebajikan ini diadakan di Masjid Kampung Bunut bermula jam 8.30 pagi. Tetamu Kehormat pada majlis itu ialah Yang Mulia Dato Seri Setia Tuan Hj Abdul Salam Bin Abdul Razak. Majlis pada pagi itu juga turut dihadiri oleh ahli-ahli jawatankuasa PIBG dan penjaga murid yang berkenaan.




Acara di mulakan dengan membaca Surah Yasiin dan bertahlil beramai-ramai yang mana dikepalai oleh Yang Mulia Tuan Imam Hj Abdul Aziz Bin Hj Abdul Ghani, Imam Masjid Kampung Bunut yang kemudiannya membacakan doa tahlil.





Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan derma kepada tujuh orang anak yatim yang bersekolah di sekolah ini. Sumbangan disampaikan oleh Tetamu Kehormat Majlis.


Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Dato Seri Setia Tuan Hj Abdul Salam Bin Abd Razak menyampaikan sumbangan derma kepada tujuh orang anak-anak yatim sekolah ini.


Guru Besar SR. Bendahara Sakam Bunut, Cikgu Pg Kamal Bin Pg Hj Zulaihi menyampaikan cenderahati penghargaan kepada Tetamu Kehormat Majlis dan Tuan Imam Masjid Kampung Bunut.


Murid-murid SR Bendahara Sakam Bunut sama-sama membaca Surah Yasiin dan bertahlil di majlis itu.


Guru-guru bersama ahli jawatankuasa Persatuan Ibubapa guru SR Bendahara Sakam Bunut bergambar ramai.

Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada guru-guru, para ibubapa dan murid-murid atas segala sumbangan derma yang telah disumbangkan kepada anak-anak yatim di sekolah ini. Semoga segala amal jariah kita khususnya di bulan yang penuh mubarak ini akan dianugerahkan ganjaran yang setimpal oleh ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala jua. Amin Ya Rabbal Alamin. 



SRBSB berkongsi...
Sila klik pada link ini http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2008/bil297.pdf untuk membaca artikel mengenai fadhilat dan ganjaran bersedekah pada anak yatim sebagai salah satu tuntutan agama.