VISI SR. BENDAHARA SAKAM BUNUT

Tuesday, February 23, 2010

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 26

Alhamdulilah.. Negara Brunei Darussalam telah mencapai kemerdekaan nya yang ke 26 tahun. Seperti lazimnya, Negara akan menyambut Hari Kebangsaan pada setiap 23 Februari.
Tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan yang ke 26 diadakan pada 9 Rabiul Awal 1431 hijrah bersamaan 23 Februari 2010. Hari Kebangsaan pada tahun ini membawa tema "Negara Ku Brunei Darussalam."
Bagi menyemarakkan semangat cinta kan tanahair sempena Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, mari lah kita sama-sama memahami huraian tema dan pengertian logo sambutan pada tahun ini dengan melayari

Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke 26 kepada semua. 


Saturday, February 20, 2010

LAWATAN KERJA SRBSB KE PERSATUAN SMARTER BRUNEI

Pada 18 Februari 2010, Unit Perkembangan Staf SRBSB telah mengadakan lawatan kerja ke Persatuan SMARTER Brunei di Mukim Sengkurong. Lawatan bertujuan untuk meninjau dan mempelajari cara untuk menangani kanak-kanak yang mempunyai gangguan perkembangan mental, Autisma. Selain dari itu, lawatan juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai dengan perkara ini.

Lawatan guru-guru SRBSB dimulakan dengan penerangan ringkas dari Ketua Terapis  Persatuan SMARTER Brunei, Teacher Arlene De Leon bagi pihak Presiden Persatuan Malai Haji Abdullah Bin Malai Hj Othman.

Lawatan diakhiri dengan penyerahan sumbangan ikhlas dari Badan Kebajikan Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut kepada persatuan yang disampaikan oleh Yang Mulia Cikgu Hj Md. Nikman Bin Hj Md. Isa.
Guru-guru kemudiannya dijemput untuk meninjau dengan lebih lanjut di sekitar kawasan bangunan persatuan SMARTER oleh Ketua Terapis persatuan Teacher Arlene De Leon.





Untuk maklumat lebih lanjut mengenai persatuan berkenaan, awda boleh lah melayari
berikan sokongan awda dengan mengikuti perkembangan terbaru mereka melalui www.facebook.com/smarterbrunei

BENGKEL LUKISAN DAN REKABENTUK

Guru-guru SR Bendahara Sakam Bunut sangat berbesar hati kerana telah berpeluang menjalankan beberapa aktiviti "hands-on" dalam Bengkel Lukisan dan Rekabentuk yang telah diadakan pada 17 Februari 2010 yang baru lalu. Bengkel yang dijayakan oleh Cikgu Liyana Merlen Binti Abdullah Sichang selaku Guru Penyelaras Mata Pelajaran Lukisan di sekolah ini adalah sebagai satu aktiviti Perkembangan Staf sekolah.

Bengkel yang diadakan bertempat di Bilik Khas Lukisan bermula pada jam 2.15 petang dengan penerangan ringkas daripada Cikgu Liyana Merlen yang mana kemudiannya menerangkan cara-cara melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan. Aktiviti-aktiviti Lukisan dan Rekabentuk ini kebanyakannya dibuat dengan menggunaan benda terpakai dan mudah diperolehi. 

Guru Besar Cikgu Pg Kamal dan Cikgu Haji Noor Hamizan masing-masing berusaha membuat figur dari kulit telur dan bekas makanan :-)

Penolong Guru Besar Cikgu Hj Nikman berusaha gigih untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif dengan mneggunakan bekas cekera padat manakala Cikgu Hjh Noraidah sudah kelihatan lebih tenang dan yakin :-) 

Cikgu Faizah belajar melalui pengelaman dari Cikgu Dk Hjh Nora dan Cikgu Alimah :-)

Cikgu Alimah, Ustazah Sariah dan Cikgu Maretessa mungkin sedang mengimbas zaman kanak-kanak yang menggembirakan:-)

Cikgu Hj Zul dan Cikgu Mazlan tidak mahu ketinggalan untuk menghasilkan kerjatangan yang lebih bagus dan mantap :-)

Saturday, February 13, 2010

Majlis Perpisahan Guru-guru Relif SRBSB

Satu majlis jamuan perpisahan telah diadakan pada hari Sabtu, 6 Februari 2010 yang baru lalu bagi memberi penghargaan kepada dua orang guru relif sekolah ini. Guru-guru tersebut adalah Cikgu Eveline Tan Yuk Far dan Cikgu Dk Noorarizah Binti Pg Hj Momin. 
Cikgu Eveline Tan Yuk Far telah ditugaskan di sekolah ini sebagai Guru Relif SENA bermula pada 1 Mei 2008. Beliau ditugaskan untuk mengajar dan membimbing murid-murid berkeperluan khas khususnya bagi Tahun 4,5 dan 6. Manakala, Cikgu Dk Noorarizah bertugas disekolah ini bermula pada bulan Disember 2009. Beliau pada masa ini telah pun ditawarkan jawatan tetap di Sekolah Rendah Mata-Mata.


Ucapan penghargaan dari Yang Mulia Cikgu Pg Kamal Bin Pg Hj Zulaihi, Guru Besar SR Bendahara Sakam Bunut. 

Ucapan dari guru yang diraikan, Cikgu Eveline Tan Yuk Far.

Ck Dk Noorarizah Binti Pg Hj Momin menyampaikan ucapan beliau.

Bacaan doa selamat yang diketuai oleh Yang Mulia Cikgu Pg Hj Sulaiman Bin Pg Hj Ahmad.






Guru Besar menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Cikgu Eveline Tan Yuk Far.

Guru Besar menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Cikgu Dk Noorarizah.

Pihak SR Bendahara Sakam Bunut ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Cikgu Eveline dan Cikgu Dk Noorarizah di atas segala komitmen, pemedulian dan dedikasi cikgu-cikgu dalam menjalankan tugas, amanah dan tanggungjawab dengan baik disepanjang bertugas di sekolah ini. Warga SR Bendahara Sakam Bunut juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas budi baik, kerjasama dan persahabatan yang erat dari kedua cikgu. Sekolah akan sentiasa mendoakan kejayaan cikgu-cikgu dalam apa jua urusan khususnya dalam bidang pengajaran dimasa akan datang.

Missing You
Myspace 2.0 layouts

Thursday, February 11, 2010

PASUKAN BOLA JARING SRBSB MEWAKILI SEKOLAH KE KEJOHANAN BOLA JARING SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KAWASAN BRUNEI III

Pasukan Bola jaring sekolah yang terdiri dari murid-murid perempuan Tahun 4 dan 5 telah beraksi dalam Kejohanan Bola Jaring bagi Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei III pada 9 Februari 2010 yang baru lalu. Perlawanan yang dianjurkan oleh Jabatan Kokurikulum Kementerian Pendidikan ini diadakan di Dewan Serbaguna Stadium Hassanal Bolkiah Berakas mulai jam 2.00 petang.

Guru-guru Pengawas pasukan Cikgu Maretessa Bin Hj Naweh dan Cikgu Nazurah Qurratu'aini Binti Abdullah Bupor telah menjalankan latihan bersama murid sejak beberapa lama sebelum perlawanan diadakan. Latihan dijalankan pada setiap hari bermula jam 7.15 hingga 7.30 pagi.

Dalam perlawanan pertama, pasukan sekolah telah mara ke pusingan kedua setelah pasukan lawan gagal menghadirkan diri dalam perlawanan tersebut. Pasukan sekolah kemudian bertarung menentang pasukan bola jaring dari SR Beribi Telanai yang mana telah meraih kemenangan 13-1 dalam perlawanan tersebut.

Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan berbanyak terima kasih atas penyertaan dan usaha gigih dari Pasukan Bola Jaring sekolah serta guru-guru pengawas pasukan. Semoga berkat usaha yang berpanjangan serta semangat yang sentiasa kental, pasukan sekolah akan dapat memperbaiki permainan dan seterusnya beroleh kemenangan dimasa akan datang.

Monday, February 8, 2010

Majlis Ceramah Motivasi dan Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang PSR Tahun 2009

Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut telah mengadakan Majlis Ceramah Motivasi dan Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang PSR Tahun 2009 pada 14 Safar 1431H bersamaan 30 Januari 2010. Majlis yang bermula pada jam 9:00 itu diadakan di Bangunan Baru SR. Bendahara Sakam Bunut. Majlis ini dikendalikan bersama oleh Persatuan Ibubapa Guru SR. Bendahara Sakam Bunut dan Majlis Perundingan Kampung Bunut Perpindahan dengan kerjasama Ikatan Persatuan Belia Bunut (IKERAB).

Tetamu Kehormat pada majlis itu ialah Yang Mulia Dato Paduka Haji Abdul Jalil Bin Haji Abdul Rahman. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Kampung Bunut Perpindahan Yang Mulia Tuan Haji Adanan Bin Haji Md. Salleh selaku Pengerusi Persatuan Ibubapa Guru SR. Bendahara Sakam Bunut. Seterusnya majlis diserikan dengan ucapan menarik daripada tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Dato Paduka Haji Abdul Jalil Bin Haji Abdul Rahman.

Majlis diteruskan dengan Ceramah Motivasi disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah Yang Mulia Ustazah Hajah Rogayah Binti Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Abdul Wahid. Ceramah yang disampaikan itu adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan motivasi kepada murid-murid SR Bendahara Sakam Bunut khususnya kepada murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan PSR pada tahun ini.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang PSR Tahun 2009 kepada Dayang Fariza Hannysha Binti Haji Mahadi yang telah mendapat 4A dan 1B dalam PSR tahun lalu. Hadiah disampaikan oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis.





Ucapan alu-aluan dari Yang Mulia Tuan Haji Adnan Bin Haji Md. Salleh, Ketua Kampung Bunut Perpindahan selaku Pengerusi Majlis Perundingan Kampung Bunut Perpindahan.

Ucapan dari Yang Mulia Dato Paduka Haji Jalil Bin Haji Abdul Rahman, Tetamu Kehormat Majlis.

Penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah Yang Mulia Ustazah Hajah Rogayah Binti Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Abdul Wahid.

Guru Besar SR. Bendahara Sakam Bunut bersama Tetamu Kehormat Majlis.

Pengerusi Majlis bersama para jemputan.

Ibubapa yang turut hadir sama-sama mendengarkan ceramah motivasi yang disampaikan.

Sebahagian dari murid-murid yang mendengarkan ceramah motivasi pada pagi itu.

Dayang Fariza Hannysha Binti Haji Mahadi, murid cemerlang dalam PSR Tahun 2009.

Pengerusi Majlis meyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis.


Para jemputan dan ibubapa dijemput menikmati jamuan yang disediakan.

Wednesday, February 3, 2010

PROGRAM MEMBACA SR BENDAHARA SAKAM BUNUT BAGI TAHUN 2010

Satu taklimat telah diadakan bagi Program Membaca SR Bendahara Sakam Bunut bagi Tahun 2010 melalui Perkembangan Staf SRBSB pada Hari Selasa, 2 Februari 2010.
Taklimat yang disampaikan oleh Cikgu Heimeilia Binti Ja'afar selaku Ketua Penyelaras Program Membaca SRBSB bertujuan untuk menerangkan polisi Program Membaca sekolah bagi tahun 2010 yang telah dikemaskinikan serta memberi penerangan mengenai perlaksaan aktiviti-aktiviti dan projek-projek yang telah digariskan untuk program tersebut.

Program Membaca SRBSB yang telah ditubuhkan pada tahun 2007 ini dilaksanakan bertujuan untuk :


& Memastikan semua murid-murid boleh dan lancar membaca dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bacaan Jawi.
& Memupuk budaya rajin membaca dikalangan murid-murid.
& Menggalakkan murid-murid untuk minat membaca.
& Mempertingkatkan mutu kemahiran membaca.
& Menarik minat dan kebolehan murid-murid untuk membaca melalui pengalaman dengan menjalankan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.
& Menimbulkan minat murid dalam membaca dan memahami bahan atau cerita yang dibaca.
Program Membaca SRBSB juga telah memilih slogan FREE yang bermaksud "Fascinating Reading through Excitement and Enjoyment". 

Didalam taklimat yang telah disampaikan itu, tiga aktiviti telah digubal bagi memastikan Program Membaca sekolah mencapai tujuannya:
1. READ - Aktiviti membaca pada setiap pagi Hari Rabu.
2. SHARP - Aktiviti membaca di rumah bersama ibubapa / penjaga.
3. PRO-Activ - Perlaksanaan aktiviti-aktiviti susulan (extended activity) dari amalan membaca.

Antara guru-guru yang hadir semasa taklimat diadakan.

Buku catatan mebaca yang telah disediakan bagi memudahkan murid mencatit nama-nama buku yang telah mereka baca.

Taklimat Program Membaca pada petang itu berakhir dengan sessi soal jawab serta perbincangan mengenai perlaksanaan program tersebut dan kemudiannya bacaan Surah Al-Asr yang diketuai oleh Yang Mulia Penolong Guru Besar, Cikgu Hj Muhd Nikman Bin Hj Mohd Isa.