VISI SR. BENDAHARA SAKAM BUNUT

Monday, March 29, 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W

Pada Hari Sabtu 13 Mac 2010 yang lalu, Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut telah mengadakan Majlis Sambutan Hari kebangsaan dan Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W. Sambutan ini adalah untuk turut sama memeriahkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang ke 26 pada tahun ini serta memperingati hari keputeraan Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W bagi tahun 1431 Hijrah.

Majlis dimulakan dengan Sambutan Hari Kebangsaan pada jam 7.30 pagi sejurus sahaja selesai perbarisan pagi di kawasan lapang berdepanan Bangunan Pentadbiran SRBSB. Dalam acara ini, murid-murid beratur di sekeliling kawasan tersebut sambil mengibarkan bendera kecil Negara Brunei Darussalam. Acara diserikan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik beramai-ramai oleh murid-murid serta guru-guru sekolah ini dan kemudiannya persembahan hadrah dari murid-murid lelaki SRBSB.


Murid-murid berbaris disekeliling Kawasan Lapang berhadapan Blok Pentadbiran sambil mengibarkan bendera kecil Negara Brunei Darussalam.


Guru Besar SR Bendahara Sakam Bunut ikut sama menyanyikan lagu-lagu patriotik Hari Kebangsaan.

Cikgu Pg Hj Sulaiman dan Cikgu Mazlan mengetuai nyanyian bersama murid-murid.



Murid-murid serta guru-guru SR Bendahara Sakam Bunut menyanyikan lagu-lagu patriotik Hari Kebangsaan.


Persembahan Hadrah dari murid-murid SR. Bendahara Sakam Bunut yang dipimpin oleh Cikgu Pg Hj Sulaiman Bin Pg Hj Ahmad.

Acara pada pagi itu diselajurkan dengan Pertandingan Azan dan Bacaan Surah-Surah Lazim sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W yang diadakan di Bilik Perpustakaan SRBSB. Seramai 29 orang peserta bagi Peraduan Azan dan 19 orang peserta bagi Peraduan Membaca Surah Lazim telah mengambil bahagian. Majlis pada pagi itu diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang peraduan dan membaca Dikir Maulud beramai-ramai.



Murid-murid serta guru-guru berkumpul di bilik Perpustakaan baru SRBSB sebelum majlis dimulakan.

Persembahan Dikir Daba'ie oleh murid-murid Tahun 6.

Antara murid-murid yang mengambil bahagian bersedia sebelum peraduan.

Hakim-hakim yang menghakimi Peraduan Azan dan Membaca Surah-Surah Lazim terdiri dari Cikgu Pg Hj Sulaiman, Cikgu Hji Noor Hamizan dan Cikgu Hj Mohd Noorhazman.

Guru Besar SR Bendahara Sakam Bunut, Cikgu Pg Kamal Bin Pg Hj Zulaihi menyampaikan hadiah kepada Awg Ahmad Ridwan Azzawani Bin Lubis, pemenang tempat Pertama dalam Peraduan Azan pada pagi itu.

Pemenang tempat Kedua Peraduan Azan, Awg Md. Iqmal Ariffin Bin Hj Masharun.

Pemenang tempat Ketiga Peraduan Azan, Awg Abdul Aziz Bin Syeikh Mohammed Ali.

Guru Besar menyampaikan hadiah tempat Pertama bagi Peraduan Membaca Surah Lazim, Dyg Siti Humairah Fitriah Binti Hasharinuddin.

Pemenang tempat Kedua Peraduan Membaca Surah Lazim, Dyg Zulfaa Awfaa Bin Hj Bostamam.

Pemenang tempat Ketiga Peraduan Membaca Surah Lazim, Dyg. Siti Mariam Fakhriah Binti Hj Yunos.

Bacaan Dikir Maulud beramai-ramai dari murid-murid dan guru-guru SR Bendahara Sakam Bunut.




Wajah-wajah ceria disekitar majlis pada pagi itu.


Majlis pada pagi itu berakhir dengan pengagihan bunga telur kepada murid-murid dan jamuan ringan.

0 comments: