VISI SR. BENDAHARA SAKAM BUNUT

Thursday, September 2, 2010

MAJLIS KHATAM AL-QURAN BAGI GURU-GURU DAN KAKITANGAN SRBSB

Sempena bulan Ramadhan pada tahun ini, Majlis Khatam Al-Quran bagi Guru-guru serta kakitangan SR. Bendahara Sakam Bunut telah diadakan pada 22 Ramadhan 1431H bersamaan dengan 2 September 2010 yang baru lalu. Majlis bermula pada jam 9 pagi bertempat di Bilik Perpustakaan SR Bendahara Sakam Bunut.

Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang mana diteruskan dengan bacaan Khatam Al-Quran beramai-ramai oleh guru-guru serta kakitangan sekolah. Majlis diteruskan dengan bacaan Tahtim oleh murid-murid perempuan Tahun 4,5 dan 6 sekolah ini. Doa Khatam Al-Quran telah dibacakan oleh Yang Mulia Cikgu Pg Hj Sulaiman Bin Pg Hj Ahmad. Majlis diikuti dengan bacaan Dikir Marhaban beramai-ramai yang dikepalai oleh murid-murid lelaki dari Tahun 4, 5 dan 6 yang mana diselajurkan dengan taburan minyak harum kepada peserta khatam.
Di akhir Majlis, guru-guru, kakitangan serta murid-murid telah diagih-agihkan dengan bunga telur.





Guru-guru serta kakitangan SR Bendahara Sakam Bunut membaca surah Ad-Dhuha hingga Surah An-Nas.

Bacaan Tahtim.

Bacaan Doa Khatam Al-Quran.

Bacaan Dikir Marhaban.




Menabur minyak harum.


Pengagihan bunga telur.

DI SEKITAR MAJLIS KHATAM AL-QURAN

0 comments: