Tuesday, May 5, 2009
Pembukaan bagi Bulan matapelajaran Sains & Pelajaran Am
Pembukaan bagi bulan matapelajaran Sains & Pelajaran Am diadakan pada 4 Mei 2009 (Isnin) sewaktu perbarisan pagi.
Ianya dirasmikan oleh Penolong Guru Besar, Cikgu Hj Md Nikman bin Hj Md Isa....
Monday, April 13, 2009
Penutup Bulan Matapelajaran Bahasa Melayu
Majlis Penutup ini diadakan waktu perbarisan pagi pada 11 April 2009 (Sabtu)...
AJK bagi bulan matapelajaran B.Melayu sedang sibuk menyediakan hadiah untuk para pemenang...
Ucapan dari salah seorang murid dari tahun 4...
Diantara pemenang-pemenang dari tahun 1 & 3...
Wednesday, April 8, 2009
Pertandingan Inforama 2009
Murid-murid yang menyertai pertandingan Inforama sedang membuat latihan untuk persediaan menghadapi pertandingan tersebut...
Pertandingan Inforama ini berlangsung pada 7 April 2009 di Sekolah Menengah Rimba selaku Tuan Rumah pertandingan tersebut...
7.30 - 8.20 pagi: Pendaftaran
8.30 - 9.30 pagi: Creativity With paint
9.45 - 10.45 pagi: Microsoft Words & Excel
11.00 - 12.00 tengahari: Microsoft PowerPoint
Murid-murid bagi kategori Creativity with Paint sedang bersedia untuk menuju ke makmal komputer..
Hanisah & Fariza sedang menunggu giliran mereka...
Bergambar dengan Guru Pengawas dari SR.AHMY Katimahar...
Thursday, March 19, 2009
Aktiviti Hari Ini - 19.3.09
Acara Walkhaton
Guru serta murid-murid berkumpul di kawasan blok B untuk membuat sesi "warming up" sebelum walkhaton dimulakan yang diketuai oleh Cikgu Abd Rahim, guru PJ....
Wednesday, March 18, 2009
Aktiviti Hari Ini - Rabu 18 Mac 2009
Pembukaan bagi bulan mata pelajaran Bahasa Melayu
Pembukaan bagi bulan mata pelajaran Bahasa Melayu disempurnakan oleh Cikgu Pg Kamal bin Pg Hj Zulaihi, Guru Besar SR.Bendahara Sakam Bunut pada perbarisan pagi tadi...
Murid-murid tahun 3B menyanyikan lagu yang bertajuk "Ayuh Baca Buku"...
Aktiviti seterusnya bagi pembukaan tersebut ialah kuiz untuk semua murid dan murid yang dapat menjawab soalan diberikan hadiah berupa pensil...
Saturday, March 7, 2009
Aktiviti Hari Ini - Sabtu 7 Mac 2009
Penutup Bulan Mata Pelajaran Lukisan
Cikgu Pg Kamal bin Pg Hj Zulaihi, Guru Besar SR.Bendahara Sakam Bunut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang sempena bulan mata pelajaran Lukisan sewaktu perbarisan pagi tadi...
Lawatan ke Pesta Buku di Stadium Tertutup
Murid-murid Tahun 4 & 5 beserta dengan guru kelas & guru subjek masing-masing melawat ke Pesta Buku pada pukul 8.30 pagi tadi dengan menaiki 5 buah mini bas...
Tuesday, March 3, 2009
Perlawanan Bola Sepak Sekolah Rendah Brunei III
Venue Perlawanan: Padang Kokurikulum, Gadong.
Murid-murid sedang membuat latihan...
Pasukan Bola Sepak SR.Bendahara Sakam Bunut beserta guru pengawas dan jurulatih bahagian bolasepak...
Guru Pengawas sempat bergambar ramai bersama pasukan sekolah sebelum perlawanan dimulakan...
Murid sedang membuat sesi "warming up" sebelum perlawanan dimulakan iaitu dengan SR.HMJM Kiulap dimana pasukan sekolah memperolehi 6 jaringan berbalas 4 dalam tendangan penalty.
Dalam perlawanan ke-2, pasukan sekolah bertemu dengan SR.Rimba II dimana pasukan sekolah telah tewas dengan mendapat 1 jaringan berbalas 5.
Subscribe to:
Posts (Atom)
