VISI SR. BENDAHARA SAKAM BUNUT

Wednesday, January 27, 2010

LAWATAN KERJA UNIT PERKEMBANGAN STAF SRBSB KE PERPUSTAKAAN SR. PINTU MALIM.



Sebagai aktiviti pertama bagi tahun 2010, Unit Perkembangan Staf SR Bendahara Sakam Bunut telah membuat lawatan kerja ke Perpustakaan Sekolah Rendah Pintu Malim, Brunei I pada Hari Rabu, 27 Januari 2010. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau serta berkongsi pengalaman dan pengetahuan khususnya dalam cara pengendalian sebuah perpustakaan yang effektif dan kondusif.

Kedatangan Guru-guru SRBSB pada jam 2.15 petang itu disambut mesra oleh Guru Besar SR Pintu Malim, Yang Mulia Cikgu Hjh Raimah Binti Mawang serta guru-guru dan Pembantu Perpustakaan.


Guru-guru kemudiannya diberikan taklimat ringkas oleh Penolong Guru Besar SR Pintu Malim, Yang Mulia Cikgu Rosinah Binti Haji Ibrahim mengenai sejarah penubuhan dan perkembangan Perpustakaan SR Pintu Malim.

Cikgu Haji Zul serta sebahagian dari Guru-Guru SR Pintu Malim yang bersama-sama mendengarkan taklimat yang disampaikan.
Sebahagian dari Guru-guru dari SR Bendahara Sakam Bunut yang sedang mendengarkan sejarah penubuhan Perpustakaan berkenaan.

Kemudian, guru-guru SR Bendahara Sakam Bunut juga telah dipelawa untuk meninjau sekitar Perpustakaan berkenaan dengan lebih dekat lagi.

Cikgu Noor Siti Azimah selaku Ketua Pengawas Perpustakaan SR Bendahara Sakam Bunut bersama Penolong Guru Besar Cikgu Haji Muhd. Nikman sedang berbincang dan berkongsi pengetahuan bersama salah seorang guru dari SR Pintu Malim.


Sebahagian dari guru-guru SR Bendahara Sakam Bunut mengambil kesempatan untuk mengabdikan kenangan di dalam Perpustakaan sekolah berkenaan.

Guru-guru juga telah dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

Rombongan guru-guru dari SRBSB juga telah sangat berbesar hati kerana telah dipelawa untuk meninjau Sudut ASEAN SR. Pintu Malim yang terletak di blok berasingan sekolah tersebut.


Guru Besar dan Penolong Guru Besar SR Bendahara Sakam Bunut bersama Guru Besar SR Pintu Malim sedang berkongsi pengetahuan dan pengalaman mengendalikan Sudut ASEAN di sekolah masing-masing.

Guru Besar SR Bendahara Sakam Bunut Cikgu Pg Kamal Bin Pg Hj Zulaihi membuat tinjauan ke salah sebuah sudut di bilik pameran tersebut.



Cikgu Hj Noor Hamizan, Cikgu Rina dan Cikgu Hjh Marliana mengambil manfaat dari maklumat yang dipamerkan.

Pihak Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada SR. Pintu Malim Brunei I yang mana telah berjaya mendapat tempat Kedua dalam Pertandingan Sudut ASEAN bagi Tahun 2009 Kawasan Brunei 1.

Lawatan Unit Perkembangan Staf SR Bendahara Bunut yang menggembirakan itu berakhir pada jam 4.00 petang. Pihak sekolah juga ingin merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Guru Besar dan Guru-guru SR. Pintu Malim yang mana telah berkongsikan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam mengendalikan Perpustakaan sekolah serta layanan mesra yang telah diberikan disepanjang lawatan tersebut. Semoga hubungan mesra dan persahabatan antara kedua buah sekolah akan menjadi lebih akrab berikutan lawatan kerja ini nanti.

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010 dan Selamat Balik Ke Sekolah..

Purple Year
Warga Sekolah SR. Bendahara Sakam Bunut ingin merakamkan ucapan Selamat Tahun Baru dan Selamat Kembali Ke Sekolah khususnya kepada semua murid-murid sekolah ini. Semoga tahun baru ini akan membawa cahaya kejayaan dan melahirkan semangat keazaman yang tinggi untuk berusaha dengan lebih gigih demi untuk masa hadapan yang cemerlang.
DOA AWAL TAHUN.

Jumpa di sekolah!! :-)

Friday, December 4, 2009

Sukan Ria & Jamuan Akhir Tahun 2009

Sukan Ria ini diadakan pada hari terakhir bersekolah iaitu pada 26 November 2009 pada jam 8.30 pagi di depan Blok A SR.Bendahara Sakam Bunut. Setiap kelas iaitu dari pra sekolah hingga tahun 6 disediakan acara dan begitu juga untuk guru dan kakitangan sekolah. Berikut adalah acara-acara untuk murid, guru & kakitangan:
  • Acara 1: Pra Sekolah - Lumba makan keropok
  • Acara 2: Tahun 1 - Lumba tapak batu
  • Acara 3: Tahun 2 - Membaling bola ping pong
  • Acara 4: Tahun 3 - Lumba perahu
  • Acara 5: Tahun 4 - Lompat kangkang
  • Acara 6: Tahun 5 - Mencari nombor tersembunyi
  • Acara 7: Tahun 6 - Medley: memasukkan pundi kacang dalam bakul, lompat katak, lari terus
  • Guru Lelaki: Memukul bola
  • Guru Perempuan: Menendang belon
  • Kakitangan: Muzikal Chair
  • Guru & Kakitangan: Hadiah bertuah dalam belon
Selesainya sukan ria tersebut, Jamuan akhir tahun & perpisahan diadakan dibilik persidangan blok baru untuk guru relief, Cikgu Pg Hj Aji bin Pg Md Tahir & Student Attachment, Dyg Siti Nurul Azimah binti Abdullah.

Wednesday, December 2, 2009

Majlis Penyampaian Hadiah Murid Terbaik Peperiksaan Akhir Tahun & Majlis Sambutan Hari Guru Tahun 2009

Majlis ini diadakan diBilik Perpustakaan dibangunan baru SR.Bendahara Sakam Bunut pada 25 November 2009, Rabu dan bermula pada jam 8.40 pagi. Tetamu Kehormat bagi Majlis ini ialah Cikgu Hj Jarudin bin Hj Yahya. Ucapan alu-aluan dari Guru Besar, Cikgu Pg Kamal bin Pg Hj Zulaihi. Murid-murid yang akan membuat persembahan... Guru-guru SRBSB... Persembahan dari murid-murid... Penyampaian Hadiah kepada murid-murid yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat... Persembahan tarian... Para Jemputan, Ibu bapa & Guru-guru serta Kakitangan menikmati jamuan...

Tuesday, October 13, 2009

Majlis Sambutan Hari Raya 2009 & Majlis Perpisahan bagi Guru Bersara, Guru melanjutkan pelajaran & Pertukaran Kakitangan

Majlis ini berlangsung pada 3 Oktober 2009, Sabtu jam 7.30 pagi. Murid-murid berkumpul ditempat perbarisan iaitu didepan Blok A. Murid-murid bersalaman dengan guru-guru serta kakitangan. Guru-guru mengunjungi kesetiap kelas untuk berhari raya....bermacam-macam kuih muih dan makanan dibawa oleh guru-guru dan murid-murid. Majlis Perpisahan bagi Guru bersara, Guru melanjutkan pelajaran & Pertukaran Kakitangan ini diadakan dibilik persidangan pada pukul 10 pagi. Cikgu Norzelimah yang melanjutkan pelajaran di United Kingdom (Birmingham) sedang memberi ucapan perpisahan..... Kakitangan yang bertukar tempat bertugas, Awg Md Adi Shukrie bin Hj Aji.....