VISI SR. BENDAHARA SAKAM BUNUT

Monday, April 13, 2009

Penutup Bulan Matapelajaran Bahasa Melayu

Majlis Penutup ini diadakan waktu perbarisan pagi pada 11 April 2009 (Sabtu)... AJK bagi bulan matapelajaran B.Melayu sedang sibuk menyediakan hadiah untuk para pemenang... Ucapan dari salah seorang murid dari tahun 4... Diantara pemenang-pemenang dari tahun 1 & 3...

Wednesday, April 8, 2009

Pertandingan Inforama 2009

Murid-murid yang menyertai pertandingan Inforama sedang membuat latihan untuk persediaan menghadapi pertandingan tersebut... Pertandingan Inforama ini berlangsung pada 7 April 2009 di Sekolah Menengah Rimba selaku Tuan Rumah pertandingan tersebut... 7.30 - 8.20 pagi: Pendaftaran 8.30 - 9.30 pagi: Creativity With paint 9.45 - 10.45 pagi: Microsoft Words & Excel 11.00 - 12.00 tengahari: Microsoft PowerPoint Murid-murid bagi kategori Creativity with Paint sedang bersedia untuk menuju ke makmal komputer.. Hanisah & Fariza sedang menunggu giliran mereka... Bergambar dengan Guru Pengawas dari SR.AHMY Katimahar...

Thursday, March 19, 2009

Aktiviti Hari Ini - 19.3.09

Acara Walkhaton Guru serta murid-murid berkumpul di kawasan blok B untuk membuat sesi "warming up" sebelum walkhaton dimulakan yang diketuai oleh Cikgu Abd Rahim, guru PJ....

Wednesday, March 18, 2009

Aktiviti Hari Ini - Rabu 18 Mac 2009

Pembukaan bagi bulan mata pelajaran Bahasa Melayu Pembukaan bagi bulan mata pelajaran Bahasa Melayu disempurnakan oleh Cikgu Pg Kamal bin Pg Hj Zulaihi, Guru Besar SR.Bendahara Sakam Bunut pada perbarisan pagi tadi... Murid-murid tahun 3B menyanyikan lagu yang bertajuk "Ayuh Baca Buku"... Aktiviti seterusnya bagi pembukaan tersebut ialah kuiz untuk semua murid dan murid yang dapat menjawab soalan diberikan hadiah berupa pensil...

Saturday, March 7, 2009

Aktiviti Hari Ini - Sabtu 7 Mac 2009

Penutup Bulan Mata Pelajaran Lukisan Cikgu Pg Kamal bin Pg Hj Zulaihi, Guru Besar SR.Bendahara Sakam Bunut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang sempena bulan mata pelajaran Lukisan sewaktu perbarisan pagi tadi... Lawatan ke Pesta Buku di Stadium Tertutup Murid-murid Tahun 4 & 5 beserta dengan guru kelas & guru subjek masing-masing melawat ke Pesta Buku pada pukul 8.30 pagi tadi dengan menaiki 5 buah mini bas...

Tuesday, March 3, 2009

Perlawanan Bola Sepak Sekolah Rendah Brunei III

Venue Perlawanan: Padang Kokurikulum, Gadong. Murid-murid sedang membuat latihan... Pasukan Bola Sepak SR.Bendahara Sakam Bunut beserta guru pengawas dan jurulatih bahagian bolasepak... Guru Pengawas sempat bergambar ramai bersama pasukan sekolah sebelum perlawanan dimulakan... Murid sedang membuat sesi "warming up" sebelum perlawanan dimulakan iaitu dengan SR.HMJM Kiulap dimana pasukan sekolah memperolehi 6 jaringan berbalas 4 dalam tendangan penalty. Dalam perlawanan ke-2, pasukan sekolah bertemu dengan SR.Rimba II dimana pasukan sekolah telah tewas dengan mendapat 1 jaringan berbalas 5.

Saturday, February 28, 2009

Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan 2009

Persediaan Warga Sekolah pada 26.2.09 (Khamis) Murid-murid sedang berlatih menyanyikan lagu patriotik yang dipilih dengan diawasi oleh Pengawas bahagian persembahan... PGB dan sebilangan guru serta murid sedang menyaksikan latihan tersebut.... Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan 2009 pada 28.2.09 (Sabtu) anjuran bersama PIBG SR.Bendahara Sakam Bunut & AJK Majlis Perundingan Kg Perpindahan Bunut dengan Kerjasama Ikatan Persatuan Belia Bunut (IKERAB) Tetamu Kehormat: Tuan Hj Abdullah bin Hj Halus, Penghulu Mukim Kilanas Acara bermula pada pukul 9 pagi dengan menyanyikan lagu kebangsaan beramai-ramai... Para Jemputan yang terdiri daripada Ketua Kg Bunut Perpindahan, Tuan Hj Adanan bin Hj Md Salleh, ahli-ahli PIBG & Ikatan Persatuan Belia Bunut yang sedang menanti kedatangan Tetamu Kehormat... 3 orang Murid Cemerlang PSR 2008 beserta ibu bapa turut hadir kerana menerima hadiah sumbangan berupa wang daripada Ikatan Persatuan Belia Bunut (IKERAB). Bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Cikgu Pg Hj Aji bin Pg Md Tahir... Cikgu Hj Md Nikman bin Hj Md Isa (PGB) - selaku Pengerusi PIBG menyampaikan ucapan alu-aluan beliau... Pertandingan Lagu Patriotik Tahun 4... Penceramah Undangan: Wan Ali bin Wan Ibrahim dari Jabatan Pembangunan Hal Ehwal Masyarakat (JAPEM). Pertandingan Lagu Patriotik Tahun 5... Tetamu Kehormat menyampaikan hadiah kepada salah seorang Murid Cemerlang PSR tahun 2008 yang mendapat 5A... Menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang peraduan & pertandingan sempena Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan...