Tuesday, July 14, 2009
Pemeriksaan Suhu Badan Murid
Pemeriksaan ini dijalankan awal pagi mulai 6 Julai 2009 sehingga kini di pondok berhampiran blok B SR.Bendahara Sakam Bunut. Guru-guru yang bertugas adalah mengikut jadual yang disediakan. Murid-murid yang telah diperiksa suhu badan mereka akan diberi name tag sekolah sebagai tanda mereka sudah menjalani pemeriksaan suhu badan. Murid-murid yang menghidapi selesma atau batuk disuruh pulang sebagai langkah berjaga-jaga. Tiada perbarisan pagi dijalankan. Seorang murid membaca doa sekolah menggunakan alat pembesar suara di bilik guru yang boleh di dengar disetiap kelas dan disetiap bilik khas. Kemudian Ustazah Hjh Sariah mengetuai membaca doa wabak penyakit influenza A H1N1 selepas doa sekolah dan setiap hari khamis akan disambung dengan membaca yassin.
Ada sebilangan murid memakai "mask" sebagai langkah berjaga-jaga.
Saturday, May 30, 2009
Penghakiman Sudut ASEAN SRBSB
3 orang hakim telah hadir untuk menghakimi Sudut ASEAN SRBSB iaitu pada hari rabu, 27
Mei 2009, kira-kira pada pukul 9 pagi.
Wednesday, May 27, 2009
Majlis Pelancaran Sudut ASEAN SRBSB
Pelancaran Sudut ASEAN SR.Bendahara Sakam Bunut diadakan pada hari Sabtu yang lalu, 23 Mei 2009 pada pukul 10.30 pagi.Ianya dilancarkan oleh Guru Besar SRBSB, Cikgu Pg Kamal bin Pg Hj Zulaihi...
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Cikgu Pg Hj Aji dan seterusnya ucapan alu-aluan dari Guru Besar...
Persembahan koir dari murid rendah bawah yang bertajuk "Waspada Menuju Destinasi". Persembahan koir ini telah mendapat tempat ke-4 didalam Pertandingan koir Keselamatan Jalan Raya tahun 2009.
Guru-guru melawat ASEAN Post sebelum Majlis Pelancaran dimulakan...
Salah seorang Ahli Negara Thailand sedang menerangkan tentang Negara Thailand kepada PGB.....
Sudut ASEAN ini terletak di Bilik Guru Blok B. Majlis Pelancaran dirasmikan oleh Guru Besar SRBSB...
Brunei Darussalam
Malaysia
Laos
Philippines
Vietnam
Thailand
Indonesia
Singapore
Myanmar
Cambodia
Wednesday, May 20, 2009
Pertandingan Keselamatan Jalan Raya 2009
Pertandingan ini diadakan di Dewan Sekolah Rendah Beribi Telanai bagi sekolah-sekolah rendah kawasan Brunei III pada hari sabtu, 16 Mei 2009.
Peserta SR Bendahara Sakam Bunut terdiri daripada Fariza Hannysha binti Hj Mahadi (Tahun 6), Izzat Aizaq bin Romzi (Tahun 5) dan Nur Izz Sophia binti Abdul Aziz (Tahun 4).
Juara bagi pertandingan tersebut ialah dari Sekolah Rendah OKSB Kilanas.
Tuesday, May 5, 2009
Pembukaan bagi Bulan matapelajaran Sains & Pelajaran Am
Pembukaan bagi bulan matapelajaran Sains & Pelajaran Am diadakan pada 4 Mei 2009 (Isnin) sewaktu perbarisan pagi.
Ianya dirasmikan oleh Penolong Guru Besar, Cikgu Hj Md Nikman bin Hj Md Isa....
Monday, April 13, 2009
Penutup Bulan Matapelajaran Bahasa Melayu
Majlis Penutup ini diadakan waktu perbarisan pagi pada 11 April 2009 (Sabtu)...
AJK bagi bulan matapelajaran B.Melayu sedang sibuk menyediakan hadiah untuk para pemenang...
Ucapan dari salah seorang murid dari tahun 4...
Diantara pemenang-pemenang dari tahun 1 & 3...
Subscribe to:
Posts (Atom)
