Tuesday, October 13, 2009
Majlis Sambutan Hari Raya 2009 & Majlis Perpisahan bagi Guru Bersara, Guru melanjutkan pelajaran & Pertukaran Kakitangan
Majlis ini berlangsung pada 3 Oktober 2009, Sabtu jam 7.30 pagi.
Murid-murid berkumpul ditempat perbarisan iaitu didepan Blok A.
Murid-murid bersalaman dengan guru-guru serta kakitangan.
Guru-guru mengunjungi kesetiap kelas untuk berhari raya....bermacam-macam kuih muih dan makanan dibawa oleh guru-guru dan murid-murid.
Majlis Perpisahan bagi Guru bersara, Guru melanjutkan pelajaran & Pertukaran Kakitangan ini diadakan dibilik persidangan pada pukul 10 pagi.
Cikgu Norzelimah yang melanjutkan pelajaran di United Kingdom (Birmingham) sedang memberi ucapan perpisahan.....
Kakitangan yang bertukar tempat bertugas, Awg Md Adi Shukrie bin Hj Aji.....
Majlis Membaca Yasiin, Bertahlil, Membaca Doa Arwah & Penyampaian Derma Anak Yatim
Dikendalikan oleh Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG)
10 September 2009 (Khamis)
Bilik Persidangan SR.Bendahara Sakam Bunut
Tetamu Kehormat: Tuan Hj Adanan bin Hj Md Salleh, Ketua Kg Bunut Perpindahan.
Tuesday, July 14, 2009
Pemeriksaan Suhu Badan Murid
Pemeriksaan ini dijalankan awal pagi mulai 6 Julai 2009 sehingga kini di pondok berhampiran blok B SR.Bendahara Sakam Bunut. Guru-guru yang bertugas adalah mengikut jadual yang disediakan. Murid-murid yang telah diperiksa suhu badan mereka akan diberi name tag sekolah sebagai tanda mereka sudah menjalani pemeriksaan suhu badan. Murid-murid yang menghidapi selesma atau batuk disuruh pulang sebagai langkah berjaga-jaga. Tiada perbarisan pagi dijalankan. Seorang murid membaca doa sekolah menggunakan alat pembesar suara di bilik guru yang boleh di dengar disetiap kelas dan disetiap bilik khas. Kemudian Ustazah Hjh Sariah mengetuai membaca doa wabak penyakit influenza A H1N1 selepas doa sekolah dan setiap hari khamis akan disambung dengan membaca yassin.
Ada sebilangan murid memakai "mask" sebagai langkah berjaga-jaga.
Saturday, May 30, 2009
Penghakiman Sudut ASEAN SRBSB
3 orang hakim telah hadir untuk menghakimi Sudut ASEAN SRBSB iaitu pada hari rabu, 27
Mei 2009, kira-kira pada pukul 9 pagi.
Wednesday, May 27, 2009
Majlis Pelancaran Sudut ASEAN SRBSB
Pelancaran Sudut ASEAN SR.Bendahara Sakam Bunut diadakan pada hari Sabtu yang lalu, 23 Mei 2009 pada pukul 10.30 pagi.Ianya dilancarkan oleh Guru Besar SRBSB, Cikgu Pg Kamal bin Pg Hj Zulaihi...
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Cikgu Pg Hj Aji dan seterusnya ucapan alu-aluan dari Guru Besar...
Persembahan koir dari murid rendah bawah yang bertajuk "Waspada Menuju Destinasi". Persembahan koir ini telah mendapat tempat ke-4 didalam Pertandingan koir Keselamatan Jalan Raya tahun 2009.
Guru-guru melawat ASEAN Post sebelum Majlis Pelancaran dimulakan...
Salah seorang Ahli Negara Thailand sedang menerangkan tentang Negara Thailand kepada PGB.....
Sudut ASEAN ini terletak di Bilik Guru Blok B. Majlis Pelancaran dirasmikan oleh Guru Besar SRBSB...
Brunei Darussalam
Malaysia
Laos
Philippines
Vietnam
Thailand
Indonesia
Singapore
Myanmar
Cambodia
Subscribe to:
Posts (Atom)
