VISI SR. BENDAHARA SAKAM BUNUT

Saturday, April 17, 2010

Majlis Doa Kesyukuran dan Penyampaian Sijil Penghargaan

Alhamdulilah, Pada 15 April 2010 yang baru lalu Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut selaku Tuan Rumah bagi Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei III telah mengadakan satu Majlis Doa Kesyukuran dan Penyampaian Sijil Penghargaan sempena selesainya Kejohanan tersebut.

Majlis yang diadakan di Restoran Aneka Rasa bermula jam 2 petang itu dihadiri oleh Guru-Guru dan Kakitangan Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut, Pegawai-Pegawai Hakim Teknikal serta Mahasiswa dan Mahasiswi dari Universiti Brunei Darussalam yang dilantik semasa Kejohanan yang baru lalu itu.



Guru-guru dan Kakitangan dari SR. Bendahara Sakam Bunut selaku pengelola Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei III bagi Tahun 2010.


Sebahagian dari Mahasiswa dan Mahasiswi Universiti Brunei Darussalam yang banyak membantu sebagai Hakim Garisan semasa Kejohanan tersebut.

Majlis dimulakan dengan ucapan penghargaan daripada Yang Mulia, Guru Besar SR Bendahara Sakam Bunut Cikgu Pg Kamal Bin Hj Zulaihi selaku Pengerusi Kejohahan.

 Bacaan Doa Selamat telah dibacakan oleh Cikgu Hj Noorhamizan Bin Haji Hidup.

Majlis pada petang itu diteruskan dengan Penyampaian Sijil-Sijil Penghargaan kepada Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi Kejohanan, Ahli Jawatankuasa Kerja Kejohanan, Pegawai-Pegawai Hakim Teknikal yang dilantik serta Mahasiswa dan Mahasiswi dari Universiti Brunei Darussalam jurusan Pendidikan Jasmani yang telah dilantik sebagai Hakim Garisan semasa hari Kejohanan diadakan. Penyampaian sijil-sijil telah disempurnakan oleh Yang Mulia Guru Besar SR. Bendahara Sakam Bunut.

Guru Besar menyampaikan sijil penghargaan kepada Cikgu Abd Rahim Bin Hj Ghapar selaku wakil Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi Kejohanan.


Cikgu Hj Noor Hamizan Bin Hj Hidup wakil bagi Ahli Jawatankuasa Kerja Kejohanan.


Guru Besar menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang Pegawai Hakim Teknikal yang dilantik.


Salah seorang dari Pegawai Hakim Garisan menerima sijil penghargaan beliau.

Majlis diselajurkan dengan menikmati jamuan hidangan petang sambil para hadirin bergembira dengan penyertaan nyanyian Karaoke dari guru-guru dan mereka yang hadir.

Rasa Syukur dan Gembira disekitar Majlis tersebut..



Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow



Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih atas usaha gigih Ahli Jawatankuasa Kejohanan dan tahniah di atas kejayaan pengendalian Kejohanan tersebut. Semoga usaha dan kegigihan kita akan mendapat ganjaran yang setimpal dan akan menjadi pemangkin kepada kejayaan-kejayaan berterusan di masa akan datang.

1 comments:

bretl460 said...

Hire experts for computer network security assignment help in australia. At Assignment Studio we offer high quality services at affordable rates.