VISI SR. BENDAHARA SAKAM BUNUT

Sunday, April 4, 2010

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KAWASAN BRUNEI III

Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut selaku Tuan Rumah Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei III bagi Tahun 2010 amat lah berbesar hati atas sempurnanya kejohanan tersebut pada hari Rabu 31 Mac 2010 yang baru lalu. Kejohanan yang berlangsung di Dewan Serbaguna Pusat Tingkatan Enam Katok ini bermula dengan peringkat Separuh Akhir pada sebelah pagi dan Peringkat Akhir Kejohanan serta enyampaian hadiah dan sijil penyertaan pada sebelah petang.

Sebanyak 11 buah pasukan dari sekolah-sekolah Rendah Kawasan Brunei III telah bertarung dalam Kejohanan ini yang mana pasukan dari Sekolah Rendah Kampung Katok A dan Sekolah Rendah Pengiran Pekerma Setia DiRaja Sahibul Bandar telah berjaya melayakkan diri ke Peringkat Akhir Kejohanan.

Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei III Peringkat Akhir pada sebelah petang itu diserikan dengan kedatangan Tetamu Kehormat Kejohanan iaitu Cikgu Hjh Hasnah Binti Kula, Pemangku Pengarah Daerah Brunei I & III dan dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Kokurikulum Kementerian Pendidikan, Guru-Guru Besar dan Penolong-Penolong Guru Besar Sekolah Rendah Kerajaan Brunei III.
Tetamu Kehormat Kejohanan Cikgu Hjh Hasnah Binti Kula bersama pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan yang hadir.
Guru-guru Besar dan Penolong Guru-guru Besar yang sama-sama menyaksikan Pertandingan Akhir Kejohanan Sepak Takraw pada petang tersebut.

Acara  dimulakan dengan sesi memperkenalkan Tetamu Kehormat Kejohanan kepada pegawai-pegawai Hakim Teknikal Kejohanan, Pengadil-Pengadil Garisan serta pasukan-pasukan yang akan bertanding dan diteruskan dengan acara kemuncak iaitu perlawanan akhir Kejohanan Sepak Takraw diantara kedua pasukan 

Barisan yang terdiri daripada peserta-peserta dari pasukan-pasukan yang bertanding, Hakim-Hakim Teknikal dan Hakim Garisan Kejohanan.

Tetamu Kehormat Kejohanan diperkenalkan kepada pasukan-pasukan yang akan bertarung serta hakim-hakim yang akan mengendalikan Perlawanan Akhir Kejohana pada petang itu.

Perlawanan diakhiri dengan kejayaan kepada pasukan dari Sekolah Rendah Kampung Katok A dengan mata kemenangan 21-17, 8-21 dan 15-12.




Acara pada petang itu juga diserikan dengan permainan sepak takraw yang dipersembahkan oleh Guru-Guru dari Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut bertemu Guru-Guru Pengawas Pasukan yang menyertai Kejohanan.



Kejohanan pada petang itu diakhiri dengan Penyampaian Hadiah dan Sijil-Sijil Penyertaan kepada Juara Kejohanan, Naib Juara, Tempat Ke Tiga bersama, pasukan-pasukan yang mengambil bahagian, Hakim-Hakim Teknikal Kejohanan dan Hakim-Hakim Garisan. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh YM Tetamu Kehormat Kejohanan Cikgu Hjh Hasnah Binti Kula.


Pasukan dari Sekolah Rendah Kampung Katok A muncul sebagai Juara Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei III bagi Tahun 2010.

Naib Johan pasukan dari Sekolah Rendah Pengiran Pekerma Setia DiRaja Sahibul Bandar.


Tempat Ketiga Bersama pasukan-pasukan dari Sekolah Rendah Orang Kaya Setia Bakti Kilanas dan Sekolah rendah Rimba I.

Tetamu Kehormat Kejohanan juga telah berkesudian untuk menyampaikan sijil-sijil penyertaan kepada pasukan-pasukan yang telah menyertai Kejohanan serta kepada Hakim-Hakim Teknikal dan Garisan yang telah sama-sama menjayakan Kejohanan tersebut.




Disekitar Kejohanan Sepak Takraw.....

Pasukan Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut bersama Guru-guru Pengawas.

Sebahagian daripada Pasukan-pasukan dan Guru-guru Pengawas dari Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei III yang menyertai Kejohanan.

Sebahagian dari Ahli jawatankuasa Teknik dan Pertandingan  yang menjayakan Kejohanan pada hari itu.

Timbalan Pengerusi dan Setiausaha Kejohanan.

Hakim-Hakim Garisan yang terdiri dari mahasiswa dan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam jurusan Pendidikan Jasmani.

Tetamu Kehormat Kejohanan Cikgu Hjh Hasnah Binti Kula bergambar ramai bersama Pengerusi Kejohanan dan Cikgu Hj Jeruddin Bin Hj Yahya serta Urusetia dan Ahli jawatan Kerja Kejohanan.

Pihak Sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan-pasukan yang telah berjaya serta setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei III bagi tahun 2010 ini.

"Bersukan Ke Arah Kehidupan Yang Lebih Sihat"

0 comments: