VISI SR. BENDAHARA SAKAM BUNUT

Saturday, May 15, 2010

Kursus Penerapan dan Peningkatan Akhlak Pelajar anjuran Pusat Dakwah Islamiah

Unit Kursus, Bahagian Kursus dan Bimbingan Wanita Pusat Dakwah Islamiah telah menganjurkan Kursus Penerapan dan Peningkatan Akhlak Pelajar yang mana melibatkan murid-murid Tahun 4 hingga Tahun 6 sekolah ini. Kursus yang di adakan selama dua hari iaitu pada hari Isnin 10 Mei 2010 dan hari Selasa 11 Mei 2010 yang lalu bertempat di ilik Perpustakaan SR Bendahara Sakam Bunut. Dua orang penceramah dari Pusat Dakwah Islamiah iaitu Yang Mulia Ustazah Hjh Noraini Bin Hj Saman dan Ustaz Pg Yusdi Bin Pg Rambli telah menjalankan kursus tersebut dengan menyampaikan ceramah-ceramah mereka. 
Pada hari pertama, dua ceramah yang bertajuk Menuntut Ilmu dan Keutamaannya dan Kisah Teladan telah diperdengarkan manakala pada hari kedua, dua buah lagi ceramah telah disampaikan iaitu bertajuk Asas Akidah dan Peranan Pelajar.


Yang Mulia Ustaz Pg Yusdi, penceramah dari Pusat Dakwah Islamiah bersama Cikgu Hj Noorhamizan dan Cg Pg Sulaiman mendengarkan ceramah yang disampaikan.


Yang Mulia Ustazah Hjh Noraini Bin Binti Hj Saman menyampaikan ceramah motivasi beliau kepada murid-murid.


Murid-murid melibatkan diri dengan memberi respon yang menggalakkan sepanjang ceramah disampaikan.




Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada kedua-kedua penceramah yang telah mengadakan kursus yang tersebut di atas dengan menyampaikan cerita-cerita menarik dan berkongsikan cara-cara untuk meningkatkan motivasi dalam pembelajaran dikalangan murid. Semoga segala apa yang telah disampaikan akan dapat dimanfaatkan dengan baik oleh para pelajar semua.

0 comments: