VISI SR. BENDAHARA SAKAM BUNUT

Friday, August 6, 2010

PERTANDINGAN AKHIR HADRAH SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH SENEGARA KALI Ke 34 TAHUN 2010

Alhamdulilah, Pasukan Hadrah SR Bendahara Sakam Bunut telah membuat persembahan mereka yang terbaik dalam Pertandingan Akhir Hadrah bagi Sekolah-Sekolah Rendah Senegara kali ke 34 Tahun 2010 yang mana diadakan pada 4 Ogos 2010 bertempat di Dewan Kemasyarakatan Sengkurong. 

Pasukan Hadrah SRBSB mara ke peringkat akhir setelah berjaya mendapat tempat ke 4 dalam Pertandingan Separuh Akhir bersaing dengan 22 buah pasukan dari sekolah-sekolah rendah seluruh negara yang turut mengambil bahagian di dalam pertandingan ini.

Pada Pertandingan Akhir Hadrah ini, 19 orang murid lelaki dari Tahun 4, 5 dan 6 sekolah ini sama-sama berganding bahu mempersembahkan pukulan hadrah mereka dengan lagu "Allahu Allah". Diakhir pertandingan, pasukan hadrah sekolah telah berjaya meraih tempat ke 6 setelah bersaing dengan 10 buah pasukan dari sekolah-sekolah rendah yang lain seluruh negara.

Pasukan Hadrah sekolah bertanding dibawah pimpinan Cikgu Pg Sulaiman Bin Pg Hj Ahmad, Cikgu Hj Noorhamizan Bin Hj Hidup, Ustazah Hjh Sariah Binti Hj Mahmud dan Cikgu Mazlan Bin Hj Judin. Turut sama membantu dalam melatih dan membimbing pasukan ini adalah bapa kepada salah seorang murid yang mengambil bahagian iaitu Pg. Baharuddin.

Persembahan yang mantap dari Pasukan Hadrah SR. Bendahara Sakam Bunut.

Sejurus tiba di Dewan Kemasyarakatan Sengkurong pada hari pertandingan.
Para peserta bersiap sedia sebelum membuat persembahan.

Pasukan SRBSB bersedia sebelum mempersembahkan pukulan hadrah mereka.

DISEKITAR SESI LATIHAN DAN PERSIAPAN SEBELUM PERTANDINGAN.

Pasukan Hadrah sekolah yang dibimbing oleh Cikgu Pg Hj Sulaiman dan Pg. Baharuddin.
Raptai penuh sebagai persediaan sebelum Pertandingan Akhir.
Murid-murid mendengar taklimat dari guru-guru pengawas pasukan.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH PENGHARGAAN.

Majlis penyampaian sijil dan hadiah penghargaan kepada para peserta Pasukan Hadrah SRBSB telah diadakan pada 9 Ogos, 2010 bertempat di SR. Bendahara Sakam Bunut. Penyampaian sijil dan hadiah telah disempurnakan oleh YM Guru Besar, Cikgu Pg Kamal Bin Pg Hj Zulaihi. Pasukan Hadrah sekolah juga telah memperdengarkan persembahan hadrah mereka pada pagi itudihadapan guru-guru dan rakan-rakan mereka yang lain.

Salah seorang peserta menerima sijil dan hadiah penghargaan daripada Guru Besar.
Pasukan Hadrah SRBSB memperdengarkan pukulan hadrah mereka dengan membawakan lagu "Allahu Allah".


Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Pihak Sekolah tidak lupa merakamkan ucapan tahniah di atas pencapaian terbaik Pasukan Hadrah SRBSB ini dan berdoa semoga usaha gigih mereka akan membawa kejayaan yang lebih baik lagi pada penyertaan dimasa akan datang. Pihak sekolah juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada guru-guru pengawas yang telah banyak membantu dalam melatih dan membimbing pasukan ini.

Monday, August 2, 2010

MINI MARATHON SR. BENDAHARA SAKAM BUNUT

Pada 29 Julai 2010 ang lalu, SR Bendahara Sakam Bunut telah mengadakan Mini Marathon yang melibatkan murid-murid Tahun 4,5 dan 6 sekolah ini. Tujuan Mini Marathon ini diadakan adalah untuk memilih wakil sekolah di Pertandingan Mini Marathon Senegara yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti.
Acara yang dimulakan pada jam 8 pagi mengambil tempat di sekeliling Kampung Bunut Perpindahan bermula dari kawasan Letak Kereta SR. Bendahara Sakam Bunut.


Murid-murid melakukan senaman ringan untuk memanaskan badan sebelum larian bermula.


Cikgu Abdul Rahim memberikan taklimat ringkas sebelum memulakan larian.

Murid-murid menuju ke Pancang 1.


Larian  dimulakan oleh murid-murid perempuan.


Diikuti dengan murid-murid lelaki dengan semangat yang begitu kuat.


Hakim Pancang yang terdiri dari guru-guru sekolah ini mengawasi keadaan murid-murid yang mengambil bahagian.



Meja pendaftaran yang sedang sibuk menerima kedatangan pemenang-pemenang acara Mini Marathon yang baru saja selesai.


Sebahagian murid-murid yang mengambil bahagian masih cergas dan gembira diakhir acara tersebut.




Tuesday, July 20, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA BAGI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KAWASAN BRUNEI III, TAHUN 2010

Kejohanan Olahraga bagi Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei III telah diadakan pada 11 Julai 2010 bertempat di Stadium Negara Hassanal Bolkiah. Kejohanan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum ini di rasmikan oleh Yang Mulia Cikgu Hjh Hasnah BinTI Hj Kula, PPKD Brunei III. Sebanyak 11 buah sekolah dan 2 buah sekolah pendidikan swasta telah menyertai kejohanan tersebut. Pada tahun ini, SR Tungku telah dipilih untuk menjadi Tuan Rumah kejohanan.

Dalam kejohanan itu, SR Bendahara Sakam Bunut telah berjaya meraih sebanyak 5 pingat iaitu 2 pingat emas, 1 pingat perak dan 2 pingat gangsa.
Pingat emas pertama sekolah diraih dalam acara Lompat Kijang melalui peserta Md A'aiman Muqmin, manakala pingat emas kedua diperolehi melalui acara balapan 4X100m yang disertai oleh Abd Hannan, Syahmizan, Md. Azreen Azree dan Md. A'aiman Muqmin.
Pingat Perak sekolah telah diraih oleh Md A'aiman Muqmin dalam acara balapan 200m.  Manakala pingat gangsa dibawa pulang melalui acara balapan 4X400m yang disertai oleh Abd Aziz, Md Haziquddin, Md. Dawud dan Ak. Md Haziq. Pingat gangsa kedua diraih oleh peserta Md. Azreen Azree melalui acara 800m perseorangan.

Diakhir kejohanan, SR Katok A telah berjaya menjulang juara keseluruhan bagi pasukan Lelaki, manakala SR. Beribi Telanai telah menjulang juara keseluruhan bagi Pasukan Perempuan.


Para peserta dari SR Bendahara Sakam Bunut sejurus selepas pendaftaran.



Acara Lompat Kijang yang telah meraih pingat emas untuk SRBSB melalui Md. A'aiman Muqmin.


Acara Lempar Peluru, Md Hafizurrahman.

Acara Lempar Cekera, Md Khairul Nizam.


Acara Lontar Lembing dari salah seorang peserta perempuan SRBSB.

Wakil peserta dari pasukan perempuan SRBSB di lorong no. 6.



Acara balapan 4X100m yang mana peserta-peserta dari SRBSB telah meraih pingat emas.




Acara balapan 4X400m yang mana peserta-peserta dari SRBSB telah meraih pingat gangsa.


Md. Azreen Azree membawa pulang pingat gangsa untuk sekolah dalam acara 800m lelaki.




Peserta dari SRBSB berusaha gigih untuk meraih kemenangan.


MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KAWASAN BRUNEI III TAHUN 2010



Tempat pertama bagi acara 4X100m (Lelaki) - Abd Hannan, Md. Syahmuiz, Md. Azreen Azree dan Md. A'aiman Muqmin.

Peserta dari SRBSB selaku pemenang tempat kedua acara balapan 200m - Md. A'aiman Muqmin.



Pasukan Lelaki SRBSB mendapat tempat ketiga dalam acara 4X400m - Ak Md. Haziq, Abd Aziz, Md. Haziquddin dan Md. Dawud.


Wakil dari SRBSB, Md A'aiman yang telah membawa pulang 2 pingat emas dan 1 pingat gangsa untuk sekolah.


Cikgu Abd Rahim selaku salah seorang Guru Pengawas pasukan menerima cenderahati dan sijil penyertaan dari Tetamu Kehormat Kejohanan YM Cikgu Hjh Hasnah Binti Hj Kula.


Barisan para peserta dari 11 buah sekolah-sekolah rendah Kawasan Brunei III yang bertanding.

Wajah kegirangan peserta-peserta dari SR Bendahara Sakam Bunut.

Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada para peserta yang bertanding dalam Kejohanan Olahraga yang baru lalu. Semoga setiap kejayaan yang kita raih hari ini akan menjadi pemangkin kepada kejayaan-kejayaan yang lebih cemerlang dimasa akan datang. 

DISEKITAR KEJOHANAN PADA HARI ITU...






Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Monday, June 21, 2010

LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT MENTERI PENDIDIKAN KE SR. BENDAHARA SAKAM BUNUT, BRUNEI III

Pada Hari Khamis 13 Jamadilakhir 1431H bersamaan dengan 27 Mei 2010 yang lalu, SR Bendahara Sakam Bunut sangat berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman Bin Dato Setia Haji Mohammed Taib, Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam bagi lawatan kerja ke sekolah ini.

Ketibaan YB Menteri Pendidikan dialu-alukan oleh Guru Besar dan Penolong Guru Besar SR. Bendahara Sakam Bunut beserta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pendidikan.



Agenda lawatan kerja YB Menteri Pendidikan bersama rombongan Timbalan Menteri Pendikan serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pendidikan bertujuan untuk meninjau pengajaran dan pembelajaran serta meninjau kemudahan di sekolah, khususnya di blok bangunan baru yang telah mula digunakan pada penghujung tahun lepas.

Sebaik sahaja ketibaan YB Menteri Pendidikan pada kira-kira jam 8.30 pagi, YB Pehin beserta rombongan telah dibawa oleh Guru Besar SR. Bendahara Sakam Bunut untuk meninjau pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung disekolah pada ketika itu khususnya di Biilik Sains, Bilik Lukisan dan Pra Sekolah.

Tinjauan Ke Bilik Sains.

YB Pehin bersama rombongan meninjau ke Bilik Sains.

Cikgu Maretessa memberikan sedikit penerangan mengenai aktiviti pembelajaran yang sedang berlangsung.


YB Pehin melihat dengan lebih dekat aktiviti sains yang sedang dijalankan oleh murid-murid Tahun 5.

Tinjauan Ke Bilik Lukisan


YB Pehin dan rombongan meninjau dengan lebih dekat aktiviti-aktiviti yang telah dipamerkan serta pembelajaran yang sedang berlangsung di dalam Bilik Lukisan pada ketika itu.

Timbalan Menteri Pendidikan diberikan penerangan ringkas oleh Penolong Guru Besar mengenai pengendalian subjek lukisan disekolah ini.

Tinjauan Ke Pra Sekolah

YB Pehin bersama rombongan menyaksikan aktiviti yang sedang dijalankan di salah sebuah bilik Pra Sekolah.


Murid-murid begitu asyik menjalankan aktiviti bersama guru mereka, Cikgu Norhairina.

Seterusnya YB Pehin dan rombongan telah dibawa untuk meninjau Bilik Perpustakaan baru dan Bilik Pentadbiran baru.



YB pehin berinteraksi dengan salah seorang murid yang sedang membaca di dalam Bilik Perpustakaan.



Selesai mengadakan tinjauan tersebut, YB Pehin telah diberi taklimat mengenai profil sekolah serta aktiviti akademik, kokurikulum, program-program sokongan, cabaran sekolah dan harapan sekolah yang mana telah disampaikan oleh Guru Besar sekolah ini.


Taklimat disampaikan oleh Guru Besar SR. Bendahara Sakam Bunut, Cikgu Pg Kamal Bin Pg Zulaihi.




Sesi lawatan kerja pada pagi itu diakhiri dengan sesi bergambar ramai.