VISI SR. BENDAHARA SAKAM BUNUT

Friday, August 6, 2010

PERTANDINGAN AKHIR HADRAH SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH SENEGARA KALI Ke 34 TAHUN 2010

Alhamdulilah, Pasukan Hadrah SR Bendahara Sakam Bunut telah membuat persembahan mereka yang terbaik dalam Pertandingan Akhir Hadrah bagi Sekolah-Sekolah Rendah Senegara kali ke 34 Tahun 2010 yang mana diadakan pada 4 Ogos 2010 bertempat di Dewan Kemasyarakatan Sengkurong. 

Pasukan Hadrah SRBSB mara ke peringkat akhir setelah berjaya mendapat tempat ke 4 dalam Pertandingan Separuh Akhir bersaing dengan 22 buah pasukan dari sekolah-sekolah rendah seluruh negara yang turut mengambil bahagian di dalam pertandingan ini.

Pada Pertandingan Akhir Hadrah ini, 19 orang murid lelaki dari Tahun 4, 5 dan 6 sekolah ini sama-sama berganding bahu mempersembahkan pukulan hadrah mereka dengan lagu "Allahu Allah". Diakhir pertandingan, pasukan hadrah sekolah telah berjaya meraih tempat ke 6 setelah bersaing dengan 10 buah pasukan dari sekolah-sekolah rendah yang lain seluruh negara.

Pasukan Hadrah sekolah bertanding dibawah pimpinan Cikgu Pg Sulaiman Bin Pg Hj Ahmad, Cikgu Hj Noorhamizan Bin Hj Hidup, Ustazah Hjh Sariah Binti Hj Mahmud dan Cikgu Mazlan Bin Hj Judin. Turut sama membantu dalam melatih dan membimbing pasukan ini adalah bapa kepada salah seorang murid yang mengambil bahagian iaitu Pg. Baharuddin.

Persembahan yang mantap dari Pasukan Hadrah SR. Bendahara Sakam Bunut.

Sejurus tiba di Dewan Kemasyarakatan Sengkurong pada hari pertandingan.
Para peserta bersiap sedia sebelum membuat persembahan.

Pasukan SRBSB bersedia sebelum mempersembahkan pukulan hadrah mereka.

DISEKITAR SESI LATIHAN DAN PERSIAPAN SEBELUM PERTANDINGAN.

Pasukan Hadrah sekolah yang dibimbing oleh Cikgu Pg Hj Sulaiman dan Pg. Baharuddin.
Raptai penuh sebagai persediaan sebelum Pertandingan Akhir.
Murid-murid mendengar taklimat dari guru-guru pengawas pasukan.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH PENGHARGAAN.

Majlis penyampaian sijil dan hadiah penghargaan kepada para peserta Pasukan Hadrah SRBSB telah diadakan pada 9 Ogos, 2010 bertempat di SR. Bendahara Sakam Bunut. Penyampaian sijil dan hadiah telah disempurnakan oleh YM Guru Besar, Cikgu Pg Kamal Bin Pg Hj Zulaihi. Pasukan Hadrah sekolah juga telah memperdengarkan persembahan hadrah mereka pada pagi itudihadapan guru-guru dan rakan-rakan mereka yang lain.

Salah seorang peserta menerima sijil dan hadiah penghargaan daripada Guru Besar.
Pasukan Hadrah SRBSB memperdengarkan pukulan hadrah mereka dengan membawakan lagu "Allahu Allah".


Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Pihak Sekolah tidak lupa merakamkan ucapan tahniah di atas pencapaian terbaik Pasukan Hadrah SRBSB ini dan berdoa semoga usaha gigih mereka akan membawa kejayaan yang lebih baik lagi pada penyertaan dimasa akan datang. Pihak sekolah juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada guru-guru pengawas yang telah banyak membantu dalam melatih dan membimbing pasukan ini.

0 comments: