VISI SR. BENDAHARA SAKAM BUNUT

Tuesday, August 10, 2010

MAJLIS PEMBUBARAN AJK TERTINGGI PIBG SRBSB SESI TAHUN 2008-2010 DAN MESYUARAT PERLANTIKAN AJK TERTINGGI PIBG SESI 2010-2012

Persatuan Ibubapa dan Guru SR. Bendahara Sakam Bunut telah mengadakan Majlis Pembubaran Ahli jawatankuasa  Tertinggi bagi sessi 2008-2010 dan Mesyuarat bagi Perlantikan Ahli Jawatankuasa Tetinggi PIBG SRBSB bagi sesi 2010-2012 pada hari Jumaat, 6 Ogos, 2010 yang baru lalu. Majlis diadakan pada jam 8 pagi di Bilik Muzakarah, Bangunan Pentadbiran SR. Bendahara Sakam Bunut. Turut sama hadir pada majlis itu adalah penasihat-penasihat Persatuan Ibubapa Guru SR Bendahara Sakam Bunut, ahli-ahli jawatankuasa persatuan, guru-guru serta para ibubapa murid.

Antara agenda mesyuarat pada hari itu adalah ucapan alu-aluan dan penghargaan terima kasih dari Pengerusi PIBG sesi tahun 2008-2010, Cikgu Haji Muhd. Nikman Bin Hj Mohd Isa yang mana kemudiannya diikuti dengan pembubaran ahli jawatankuasa tertinggi PIBG sesi 2008-2010. Mesyuarat diteruskan dengan perlantikan ahli jawatankuasa tertinggi PIBG yang baru bagi serta menandatangani dokumen-dokumen perlantikan persatuan.Mesyuarat diakhiri dengan membincangkan lain-lain hal yang berhubung dengan perlaksanaan dan rancangan Persatuan Ibubapa Guru SR. Bendahara Sakam Bunut.

Pengerusi PIBG sesi 2008-2010, Cikgu Hj Muhd. Nikman Bin Hj Mohd Isa menyampaikan ucapan alu-aluan.


Majlis penyerahan tanggunggjawab dan menandatangani dokumen perlantikan.


(Atas Kanan) - Penasihat-Penasihat Persatuan Ibubapa Guru SRBSB dari kiri Guru Besar SR Bendahara Sakam Bunut Cikgu Pg Kamal Bin Pg. Hj Zulaihi,  Ketua Kampung Bunut Perpindahan Tuan Hj Adnan Bin Hj Mohd Salleh dan Yang Mulia Dato Seri Setia Tuan Haji Abdul Salam Bin Abdul Razak.
(Atas Kiri) - Guru-guru dan para ibubapa mengundi untuk calon ahli jawatankuasa tertinggi PIBG yang baru.
(Bawah) - Antara yang hadir pada majlis tersebut.


Ahli jawatankuasa Tertinggi Persatuan Ibubapa dan Guru SR. Bendahara Sakam Bunut bagi sesi 2010-2012 bergambar ramai bersama penasihat-penasihat PIBG SRBSB.


0 comments: