VISI SR. BENDAHARA SAKAM BUNUT

Monday, August 9, 2010

LAWATAN PIBG SRBSB KE ROYAL BRUNEI CATERING.

Pada Hari Kamis 5 Ogos 2010 yang baru lalu Persatuan Ibubapa Guru SR Bendahara Sakam Bunut telah membuat lawatan ke Aircraft Catering Centre, Royal Brunei Catering berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas. Lawatan yang disertai oleh ahlijawatan kuasa tertinggi persatuan, guru-guru serta kakitangan sekolah itu bermula pada jam 2 petang. 
Tujuan lawatan diadakan adalah sebagai pendedahan kepada Ahlijawatan kuasa PIBG mengenai Royal Brunei Catering serta sebagai aktiviti tahunan persatuan ini melalui aktiviti lawatan.

Aircraft Catering Centre adalah salah sebuah jabatan di bawah Royal Brunei Catering yang mana menyediakan santapan bagi Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan (HMSF), makanan  bagi Penerbangan DiRaja Brunei (RBA) dan Penerbangan VIP. Ia juga menyediakan produk  RBC Bakery and Pastry, lain-lain produk dagangan RBC serta perkhidmatan cucian Laundry and Dry Cleaning Services.
Rombongan PIBG SRBSB di perkarangan bangunan Aircraft Catering Centre.
Sejurus ketibaan rombongan PIBG SRBSB ke bahagian Aircraft Catering Centre telah disambut mesra oleh pegawai-pegawai yang bertugas. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Awg Mohd. Rizam Bin Hj Abd Aziz mengenai sejarah penubuhan Royal Brunei Catering, fungsi, peranan dan pengendalian yang dijalankan oleh syarikat berkenaan. 

Taklimat disampaikan oleh Awg Mohd. Rizam, Aircraft Administration Controller di jabatan tersebut.
Seterusnya, rombongan telah dibawa meninjau ke kawasan penyediaan makanan di dalam bangunan itu yang mana sebelumnya telah diminta untuk memakai pakaian dan kelengkapan khas bagi menjamin kebersihan serta keselamatan ketika berada di dalam kawasan tersebut.



Rombongan PIBG memakai pakaian dan kelengkapan khas sebelum memasuki kawasan penyediaan makanan.

Rombongan juga telah diberikan taklimat mengenai cara pengendalian dan penghantaran makanan yang disajikan di dalam penerbangan oleh Awg Hj Abdul Mohin Bin Dato Paduka Hj Mohd Yassin, Senior Aircraft In-Flight Operation Controller di jabatan itu.
Seterusnya, rombongan PIBG telah diiringi oleh Awg Mohd Rizam dan Awg Hj Abd Mohin bersama-sama  Awg Masri Bin Hassan, Sous Chef Aircraft Catering untuk meninjau dengan lebih dekat cara-cara penyediaan makanan yang akan disajikan di dalam penerbangan.
Rombongan juga amat berbesar hati kerana telah dipelawa untuk bersama-sama menikmati hidangan yang telah disediakan serta berpeluang untuk menyaksikan pengendalian perkhidmatan cucian kain linen penerbangan dan perkhidmatan cucian kering.

Diakhir lawatan, rombongan PIBG SRBSB telah menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada pihak Royal Brunei Catering sebagai tanda terima kasih atas kesudian syarikat ini memberikan penerangan dan menunjukkan pengendalian syarikat mereka. 

Pengerusi PIBG Cikgu Hj Muhd Nikman Bin Hj Mohd Isa menyampaikan ucapan penghargaan terima kasih.
Cikgu Hj Muhd Nikman menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Awg Alvin Voon Vern Ming, Aircraft Catering Manager, Royal Brunei Catering.
Rombongan juga berkesempatan untuk bergambar ramai dihadapan bangunan Aircraft Catering Centre bersama-sama dengan pegawai-pegawai dari syarikat berkenaan.


Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pegawai-pegawai dan kakitangan dari Aircraft Catering Centre, Royal Brunei Catering di atas layanan mesra dan budi baik yang diberikan disepanjang lawatan. 



Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow



Sila layari www.rbccatering.com untuk mengetahui dengan lebih lanjut fungsi, peranan, produk dagangan serta perkhidmatan syarikat ini. 

 : : :  Klik disini untuk mengetahui cawangan-cawangan operasi RBC dan produk-produk dagangan mereka. : : :

0 comments: