VISI SR. BENDAHARA SAKAM BUNUT

Monday, March 29, 2010

Latihan Kecemasan Kebakaran Di Bangunan Sekolah

Satu Latihan Kecemasan Kebakaran Di Bangunan Sekolah telah diadakan pada Hari Khamis 18 Mac 2010 yang lalu bagi Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut. Terdahulu sebelum latihan ini diadakan, satu taklimat telah diadakan pada 17 Mac 2010 oleh Penolong Guru Besar Cikgu Hj Muhd. Nikman Bin Hj Mohd Isa khusunya bagi memberi penerangan mengenai pelan tindakan jika berlakunya kebakaran di bangunan sekolah ini. Dalam taklimat ini, Penolong Guru Besar telah menerangkan tindakan yang perlu dilaksanakan serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diikuti bagi menangani kejadian ini. Peraturan-peraturan ketika mengosongkan bangunan serta peta laluan keselamatan juga telah diterangkan dengan jelas kepada guru-guru khususnya untuk disampaikan kepada semua murid-murid sekolah ini. Selain dari itu, satu jawatankuasa keselamatan bagi setiap bangunan juga telah dilantik bagi memastikan keselamatan setiap warga sekolah dan bagi menangani musibah seperti ini jika berlaku.

Murid-murid dan guru-guru bergerak menuju ke Assembly Point atau kawasan lapang tempat berkumpul yang selamat.





Guru-guru memastikan semua murid bergerak dengan cepat dan selamat menuju ke tempat berkumpul.
Guru-guru memeriksa keramaian murid bagi memastikan semua murid berada di kawasan berkumpul dengan selamat.



Penolong Guru Besar Cikgu Hj Muhd Nikman memberi penjelasan mengenai latihan tersebut serta menerangkan lagi langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil kira jika berlakunya musibah seperti ini.





TALIAN TELEFON KECEMASAN HOTLINE

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT     995
 POLIS     993
AMBULAN     991

MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W

Pada Hari Sabtu 13 Mac 2010 yang lalu, Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut telah mengadakan Majlis Sambutan Hari kebangsaan dan Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W. Sambutan ini adalah untuk turut sama memeriahkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang ke 26 pada tahun ini serta memperingati hari keputeraan Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W bagi tahun 1431 Hijrah.

Majlis dimulakan dengan Sambutan Hari Kebangsaan pada jam 7.30 pagi sejurus sahaja selesai perbarisan pagi di kawasan lapang berdepanan Bangunan Pentadbiran SRBSB. Dalam acara ini, murid-murid beratur di sekeliling kawasan tersebut sambil mengibarkan bendera kecil Negara Brunei Darussalam. Acara diserikan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik beramai-ramai oleh murid-murid serta guru-guru sekolah ini dan kemudiannya persembahan hadrah dari murid-murid lelaki SRBSB.


Murid-murid berbaris disekeliling Kawasan Lapang berhadapan Blok Pentadbiran sambil mengibarkan bendera kecil Negara Brunei Darussalam.


Guru Besar SR Bendahara Sakam Bunut ikut sama menyanyikan lagu-lagu patriotik Hari Kebangsaan.

Cikgu Pg Hj Sulaiman dan Cikgu Mazlan mengetuai nyanyian bersama murid-murid.



Murid-murid serta guru-guru SR Bendahara Sakam Bunut menyanyikan lagu-lagu patriotik Hari Kebangsaan.


Persembahan Hadrah dari murid-murid SR. Bendahara Sakam Bunut yang dipimpin oleh Cikgu Pg Hj Sulaiman Bin Pg Hj Ahmad.

Acara pada pagi itu diselajurkan dengan Pertandingan Azan dan Bacaan Surah-Surah Lazim sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W yang diadakan di Bilik Perpustakaan SRBSB. Seramai 29 orang peserta bagi Peraduan Azan dan 19 orang peserta bagi Peraduan Membaca Surah Lazim telah mengambil bahagian. Majlis pada pagi itu diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang peraduan dan membaca Dikir Maulud beramai-ramai.



Murid-murid serta guru-guru berkumpul di bilik Perpustakaan baru SRBSB sebelum majlis dimulakan.

Persembahan Dikir Daba'ie oleh murid-murid Tahun 6.

Antara murid-murid yang mengambil bahagian bersedia sebelum peraduan.

Hakim-hakim yang menghakimi Peraduan Azan dan Membaca Surah-Surah Lazim terdiri dari Cikgu Pg Hj Sulaiman, Cikgu Hji Noor Hamizan dan Cikgu Hj Mohd Noorhazman.

Guru Besar SR Bendahara Sakam Bunut, Cikgu Pg Kamal Bin Pg Hj Zulaihi menyampaikan hadiah kepada Awg Ahmad Ridwan Azzawani Bin Lubis, pemenang tempat Pertama dalam Peraduan Azan pada pagi itu.

Pemenang tempat Kedua Peraduan Azan, Awg Md. Iqmal Ariffin Bin Hj Masharun.

Pemenang tempat Ketiga Peraduan Azan, Awg Abdul Aziz Bin Syeikh Mohammed Ali.

Guru Besar menyampaikan hadiah tempat Pertama bagi Peraduan Membaca Surah Lazim, Dyg Siti Humairah Fitriah Binti Hasharinuddin.

Pemenang tempat Kedua Peraduan Membaca Surah Lazim, Dyg Zulfaa Awfaa Bin Hj Bostamam.

Pemenang tempat Ketiga Peraduan Membaca Surah Lazim, Dyg. Siti Mariam Fakhriah Binti Hj Yunos.

Bacaan Dikir Maulud beramai-ramai dari murid-murid dan guru-guru SR Bendahara Sakam Bunut.




Wajah-wajah ceria disekitar majlis pada pagi itu.


Majlis pada pagi itu berakhir dengan pengagihan bunga telur kepada murid-murid dan jamuan ringan.

Saturday, March 13, 2010

Lawatan Unit Perkembangan Staf ke Japanese Language and Culture Week

Pada hari Rabu 10 Mac 2010 yang baru lalu, guru-guru SR Bendahara Sakam Bunut melalui Unit Perkembangan Staf telah membuat lawatan ke Universiti Brunei Darussalam sempena Japanese Language and Culture Week.
Minggu Bahasa dan Kebudayaan Jepun itu di adakan di Dewan Chancellor UBD bermula pada 10 Mac hingga 13 Mac 2010 yang mana di anjurkan bersama oleh Universiti Brunei Darussalam dan Kedutaan Jepun.
Guru-guru SR Bendahara Sakam Bunut amat berbesar hati kerana berpeluang untuk meninjau dengan lebih dekat adat dan kebudayaan Jepun melalui persembahan dan pameran yang diadakan. 


Tuesday, February 23, 2010

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 26

Alhamdulilah.. Negara Brunei Darussalam telah mencapai kemerdekaan nya yang ke 26 tahun. Seperti lazimnya, Negara akan menyambut Hari Kebangsaan pada setiap 23 Februari.
Tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan yang ke 26 diadakan pada 9 Rabiul Awal 1431 hijrah bersamaan 23 Februari 2010. Hari Kebangsaan pada tahun ini membawa tema "Negara Ku Brunei Darussalam."
Bagi menyemarakkan semangat cinta kan tanahair sempena Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, mari lah kita sama-sama memahami huraian tema dan pengertian logo sambutan pada tahun ini dengan melayari

Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke 26 kepada semua. 


Saturday, February 20, 2010

LAWATAN KERJA SRBSB KE PERSATUAN SMARTER BRUNEI

Pada 18 Februari 2010, Unit Perkembangan Staf SRBSB telah mengadakan lawatan kerja ke Persatuan SMARTER Brunei di Mukim Sengkurong. Lawatan bertujuan untuk meninjau dan mempelajari cara untuk menangani kanak-kanak yang mempunyai gangguan perkembangan mental, Autisma. Selain dari itu, lawatan juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai dengan perkara ini.

Lawatan guru-guru SRBSB dimulakan dengan penerangan ringkas dari Ketua Terapis  Persatuan SMARTER Brunei, Teacher Arlene De Leon bagi pihak Presiden Persatuan Malai Haji Abdullah Bin Malai Hj Othman.

Lawatan diakhiri dengan penyerahan sumbangan ikhlas dari Badan Kebajikan Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut kepada persatuan yang disampaikan oleh Yang Mulia Cikgu Hj Md. Nikman Bin Hj Md. Isa.
Guru-guru kemudiannya dijemput untuk meninjau dengan lebih lanjut di sekitar kawasan bangunan persatuan SMARTER oleh Ketua Terapis persatuan Teacher Arlene De Leon.





Untuk maklumat lebih lanjut mengenai persatuan berkenaan, awda boleh lah melayari
berikan sokongan awda dengan mengikuti perkembangan terbaru mereka melalui www.facebook.com/smarterbrunei

BENGKEL LUKISAN DAN REKABENTUK

Guru-guru SR Bendahara Sakam Bunut sangat berbesar hati kerana telah berpeluang menjalankan beberapa aktiviti "hands-on" dalam Bengkel Lukisan dan Rekabentuk yang telah diadakan pada 17 Februari 2010 yang baru lalu. Bengkel yang dijayakan oleh Cikgu Liyana Merlen Binti Abdullah Sichang selaku Guru Penyelaras Mata Pelajaran Lukisan di sekolah ini adalah sebagai satu aktiviti Perkembangan Staf sekolah.

Bengkel yang diadakan bertempat di Bilik Khas Lukisan bermula pada jam 2.15 petang dengan penerangan ringkas daripada Cikgu Liyana Merlen yang mana kemudiannya menerangkan cara-cara melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan. Aktiviti-aktiviti Lukisan dan Rekabentuk ini kebanyakannya dibuat dengan menggunaan benda terpakai dan mudah diperolehi. 

Guru Besar Cikgu Pg Kamal dan Cikgu Haji Noor Hamizan masing-masing berusaha membuat figur dari kulit telur dan bekas makanan :-)

Penolong Guru Besar Cikgu Hj Nikman berusaha gigih untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif dengan mneggunakan bekas cekera padat manakala Cikgu Hjh Noraidah sudah kelihatan lebih tenang dan yakin :-) 

Cikgu Faizah belajar melalui pengelaman dari Cikgu Dk Hjh Nora dan Cikgu Alimah :-)

Cikgu Alimah, Ustazah Sariah dan Cikgu Maretessa mungkin sedang mengimbas zaman kanak-kanak yang menggembirakan:-)

Cikgu Hj Zul dan Cikgu Mazlan tidak mahu ketinggalan untuk menghasilkan kerjatangan yang lebih bagus dan mantap :-)