VISI SR. BENDAHARA SAKAM BUNUT

Monday, June 21, 2010

LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT MENTERI PENDIDIKAN KE SR. BENDAHARA SAKAM BUNUT, BRUNEI III

Pada Hari Khamis 13 Jamadilakhir 1431H bersamaan dengan 27 Mei 2010 yang lalu, SR Bendahara Sakam Bunut sangat berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman Bin Dato Setia Haji Mohammed Taib, Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam bagi lawatan kerja ke sekolah ini.

Ketibaan YB Menteri Pendidikan dialu-alukan oleh Guru Besar dan Penolong Guru Besar SR. Bendahara Sakam Bunut beserta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pendidikan.



Agenda lawatan kerja YB Menteri Pendidikan bersama rombongan Timbalan Menteri Pendikan serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pendidikan bertujuan untuk meninjau pengajaran dan pembelajaran serta meninjau kemudahan di sekolah, khususnya di blok bangunan baru yang telah mula digunakan pada penghujung tahun lepas.

Sebaik sahaja ketibaan YB Menteri Pendidikan pada kira-kira jam 8.30 pagi, YB Pehin beserta rombongan telah dibawa oleh Guru Besar SR. Bendahara Sakam Bunut untuk meninjau pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung disekolah pada ketika itu khususnya di Biilik Sains, Bilik Lukisan dan Pra Sekolah.

Tinjauan Ke Bilik Sains.

YB Pehin bersama rombongan meninjau ke Bilik Sains.

Cikgu Maretessa memberikan sedikit penerangan mengenai aktiviti pembelajaran yang sedang berlangsung.


YB Pehin melihat dengan lebih dekat aktiviti sains yang sedang dijalankan oleh murid-murid Tahun 5.

Tinjauan Ke Bilik Lukisan


YB Pehin dan rombongan meninjau dengan lebih dekat aktiviti-aktiviti yang telah dipamerkan serta pembelajaran yang sedang berlangsung di dalam Bilik Lukisan pada ketika itu.

Timbalan Menteri Pendidikan diberikan penerangan ringkas oleh Penolong Guru Besar mengenai pengendalian subjek lukisan disekolah ini.

Tinjauan Ke Pra Sekolah

YB Pehin bersama rombongan menyaksikan aktiviti yang sedang dijalankan di salah sebuah bilik Pra Sekolah.


Murid-murid begitu asyik menjalankan aktiviti bersama guru mereka, Cikgu Norhairina.

Seterusnya YB Pehin dan rombongan telah dibawa untuk meninjau Bilik Perpustakaan baru dan Bilik Pentadbiran baru.



YB pehin berinteraksi dengan salah seorang murid yang sedang membaca di dalam Bilik Perpustakaan.



Selesai mengadakan tinjauan tersebut, YB Pehin telah diberi taklimat mengenai profil sekolah serta aktiviti akademik, kokurikulum, program-program sokongan, cabaran sekolah dan harapan sekolah yang mana telah disampaikan oleh Guru Besar sekolah ini.


Taklimat disampaikan oleh Guru Besar SR. Bendahara Sakam Bunut, Cikgu Pg Kamal Bin Pg Zulaihi.




Sesi lawatan kerja pada pagi itu diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Saturday, May 29, 2010

Pasukan Koir SRBSB di Pertandingan Separuh Akhir Koir Pendidikan Keselamatan Jalan Raya..

Pasukan Koir SR. Bendahara Sakam Bunut sekali lagi telah menyertai pertandingan Koir Pendidikan Jalan Raya bagi Sekolah-Sekolah Rendah Senegara Peringkat Separuh Akhir anjuran dan kerjasama Syarikat Minyak Brunei Shell dan Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Pendidikan Swasta. 

Pertandingan Separuh Akhir ini berlangsung di Dewan Serbaguna Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada 25 Mei 2010. Pasukan Koir yang terdiri dari 15 orang murid dari Tahun 1 hingga 4 telah membawakan lagu "Bersatu Hati, Brunei Tell A Friend" di bawah pimpinan Cikgu Heimeilia dan Cikgu Norhairina yang mana buat pertama kali nya diperdengarkan hasil ciptaan guru di sekolah ini sendiri.










Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Pasukan Koir SR. Bendahara Sakam Bunut yang mana telah berjaya mara ke Peringkat Akhir yang akan diadakan di BRIDEX pada hari yang akan ditetapkan kemudian. Semoga Pasukan Koir SRBSB akan membawa satu lagi kemenangan buat sekolah pada pertandingan itu nanti dan juga di masa-masa yang akan datang. 

TAHNIAH!! :-)

Wednesday, May 26, 2010

Pasukan Nasyid SRBSB di Program Ihya Ramadhan 1431H

Pada 24 Mei 2010 yang lalu Pasukan Nasyid SR Bendahara Sakam Bunut telah mengadakan rakaman  nasyid bagi Program Ihya Ramadhan anjuran Radio Televisyen Brunei. Rakaman yang diadakan di Bangunan RTB Sungai Akar ini akan dikeudarakan di rangkaian televisyen nasional pada bulan Ramadan yang akan datang. Ini adalah merupakan pengalaman yang menyeronokkan kepada enam orang peserta nasyid sekolah ini kerana telah berpeluang untuk mengambil bahagian di dalam aktiviti sedemikian.

Pasukan Nasyid SR Bendahara Sakam Bunut bagi rancangan Ihya Ramadhan 1431H.
Dari kiri : Izyan Naqiah, Siti Mariam Fakhriah, Haidatul Fatin, Ahmad Ridhuan Azawanni, Mohd. Hamizan Shah dan Mohd. Farid AbdAziz.


Di sekitar rakaman pada petang itu.

Pasukan Nasyid SR Bendahara Sakam Bunut yang dipimpin oleh Cikgu Norhairina dan Ustazah Hjh Sariah telah membawakan nasyid yang berjudul "Engkau". Selepas memperdengarkan nasyid, mereka juga telah berpeluang mendengarkan cerita teladan yang disampaikan oleh seorang pegawai dari Pusat Dakwah Islamiah.  

Murid-murid berpeluang untuk mendengarkan sebuah cerita tauladan.




Ini adalah merupakan kali kedua SR Bendahara Sakam Bunut menyertai program Ihya Ramadhan anjuran RTB selepas merakam Pentomim Ihya Ramadhan pada tahun 2007 yang lalu. Semoga penyertaan seperti ini akan terus diadakan dimasa akan datang.

Saturday, May 15, 2010

Kursus Penerapan dan Peningkatan Akhlak Pelajar anjuran Pusat Dakwah Islamiah

Unit Kursus, Bahagian Kursus dan Bimbingan Wanita Pusat Dakwah Islamiah telah menganjurkan Kursus Penerapan dan Peningkatan Akhlak Pelajar yang mana melibatkan murid-murid Tahun 4 hingga Tahun 6 sekolah ini. Kursus yang di adakan selama dua hari iaitu pada hari Isnin 10 Mei 2010 dan hari Selasa 11 Mei 2010 yang lalu bertempat di ilik Perpustakaan SR Bendahara Sakam Bunut. Dua orang penceramah dari Pusat Dakwah Islamiah iaitu Yang Mulia Ustazah Hjh Noraini Bin Hj Saman dan Ustaz Pg Yusdi Bin Pg Rambli telah menjalankan kursus tersebut dengan menyampaikan ceramah-ceramah mereka. 
Pada hari pertama, dua ceramah yang bertajuk Menuntut Ilmu dan Keutamaannya dan Kisah Teladan telah diperdengarkan manakala pada hari kedua, dua buah lagi ceramah telah disampaikan iaitu bertajuk Asas Akidah dan Peranan Pelajar.


Yang Mulia Ustaz Pg Yusdi, penceramah dari Pusat Dakwah Islamiah bersama Cikgu Hj Noorhamizan dan Cg Pg Sulaiman mendengarkan ceramah yang disampaikan.


Yang Mulia Ustazah Hjh Noraini Bin Binti Hj Saman menyampaikan ceramah motivasi beliau kepada murid-murid.


Murid-murid melibatkan diri dengan memberi respon yang menggalakkan sepanjang ceramah disampaikan.




Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada kedua-kedua penceramah yang telah mengadakan kursus yang tersebut di atas dengan menyampaikan cerita-cerita menarik dan berkongsikan cara-cara untuk meningkatkan motivasi dalam pembelajaran dikalangan murid. Semoga segala apa yang telah disampaikan akan dapat dimanfaatkan dengan baik oleh para pelajar semua.

Wednesday, May 5, 2010

KEMPEN KEBERSIHAN BERSAMA PIBG

Pada 2 Mei 2010 yang baru lalu, Persatuan Ibu Bapa Guru SR Bendahara Sakam Bunut telah mengadakan kempen kebersihan di kawasan sekolah. Kempen yang bermula pada jam 8.00 pagi itu di hadiri oleh ahli jawatankuasa PIBG dan warga sekolah yang terdiri dari guru-guru, kakitangan sekolah, murid-murid serta para ibu bapa. Simbolik pelancaran kempen kebersihan tersebut ialah mengumpul benda-benda kitar semula seperti kertas, tin dan plastik ke dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan.

Antara ahli jawatankuasa PIBG yang hadir pada kempen Kebersihatan pada hari tersebut.

Pelancaran Kempen Kebersihan yang mana didahului oleh Yang Mulia Dato Seri Setia Awg Hj Abd Salam Bin Abd Razak, Penasihat PIBG, SR Bendahara Sakam Bunut.

Guru Besar dan Penolong Guru Besar SR Bendahara Sakam Bunut dengan bahan kitar semula masing-masing.

Semangat kitar semula barang-barang kitar semula yang disokong tinggi oleh warga sekolah.

Semangat Cintakan Alam Sekitar yang sentiasa terpupuk di jiwa anak-anak SR. Bendahara Sakam Bunut.

DISEKITAR KEMPEN MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH

Menanam pokok-pokok bunga di kawasan perkarangan sekolah.

Membersihkan saluran air di sekitar bangunan sekolah.

Guru-guru dan ibubapa "menyiangi" kawasan bersama-sama.

Bersatu memperbisaikan kawasan sekolah.

Wajah-Wajah letih yang ceria di sekitar kempen kebersihan :-)