VISI SR. BENDAHARA SAKAM BUNUT

Wednesday, February 3, 2010

PROGRAM MEMBACA SR BENDAHARA SAKAM BUNUT BAGI TAHUN 2010

Satu taklimat telah diadakan bagi Program Membaca SR Bendahara Sakam Bunut bagi Tahun 2010 melalui Perkembangan Staf SRBSB pada Hari Selasa, 2 Februari 2010.
Taklimat yang disampaikan oleh Cikgu Heimeilia Binti Ja'afar selaku Ketua Penyelaras Program Membaca SRBSB bertujuan untuk menerangkan polisi Program Membaca sekolah bagi tahun 2010 yang telah dikemaskinikan serta memberi penerangan mengenai perlaksaan aktiviti-aktiviti dan projek-projek yang telah digariskan untuk program tersebut.

Program Membaca SRBSB yang telah ditubuhkan pada tahun 2007 ini dilaksanakan bertujuan untuk :


& Memastikan semua murid-murid boleh dan lancar membaca dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bacaan Jawi.
& Memupuk budaya rajin membaca dikalangan murid-murid.
& Menggalakkan murid-murid untuk minat membaca.
& Mempertingkatkan mutu kemahiran membaca.
& Menarik minat dan kebolehan murid-murid untuk membaca melalui pengalaman dengan menjalankan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.
& Menimbulkan minat murid dalam membaca dan memahami bahan atau cerita yang dibaca.
Program Membaca SRBSB juga telah memilih slogan FREE yang bermaksud "Fascinating Reading through Excitement and Enjoyment". 

Didalam taklimat yang telah disampaikan itu, tiga aktiviti telah digubal bagi memastikan Program Membaca sekolah mencapai tujuannya:
1. READ - Aktiviti membaca pada setiap pagi Hari Rabu.
2. SHARP - Aktiviti membaca di rumah bersama ibubapa / penjaga.
3. PRO-Activ - Perlaksanaan aktiviti-aktiviti susulan (extended activity) dari amalan membaca.

Antara guru-guru yang hadir semasa taklimat diadakan.

Buku catatan mebaca yang telah disediakan bagi memudahkan murid mencatit nama-nama buku yang telah mereka baca.

Taklimat Program Membaca pada petang itu berakhir dengan sessi soal jawab serta perbincangan mengenai perlaksanaan program tersebut dan kemudiannya bacaan Surah Al-Asr yang diketuai oleh Yang Mulia Penolong Guru Besar, Cikgu Hj Muhd Nikman Bin Hj Mohd Isa.

0 comments: